Tukar tayar di Zam O Lima Jalan Reko Bangi

October 2, 2020 By:

Tayar merupakan bahagian kenderaan antara yang terpenting bagi menjamin keselematan pemanduan anda. Seringkali berlaku kemalangan disebabkan oleh kegagalan fungsi tayar.

Oleh itu, para pemilik kenderaan wajib memastikan keadaan tayar anda dalam keadaan yang baik. Dengan yang demikian, anda dapat mengurangkan risiko berlakunya perkara yang tidak diingini.

Depan kedai tayar jalan reko zam o lima

Kali ni NM singgah di Jalan Reko Bangi untuk menukar tayar yang sedia ada. Sudah hampir 5 tahun NM tak tukar tayar ni. Sudah sampai waktunya…

NM tukar kedua belah tayar hadapan. Orang kedai ni suggest pakai tayar continential. Tayar ni pun NM tahu brand yang memberikan warranti selama 10 TAHUN. Ya tuan puan. 10 tahun. Tak pernah dibuat oleh brand tayar yang lain atas betapa confidentnya brand ini.

So kalau di Zam O Lima ni, harga sebijik RM165 untuk r14. Pekerja dia pun ramai. Jadi tak perlu tunggu lama untuk di entertain.

Zam O Lima ni pun ada cawangan di Semenyih. Jadi boleh lah ke sana. Kedai ni memang agak fames dalam kalangan orang Bangi.

Jadi jom singgah! Cuma pastikan tayar anda tahun dia kluar bila. Dengar cite boleh kawtim kalau tarikh dah lama.

Leave a Reply