Keluarga Kesihatan

7 Tips elakkan rambut gugur, kehilangan yang tersakiti

Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan atau memperlahankan keguguran rambut. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada sebab dan punca keguguran itu berlaku.

Pada sebahagian situasi, keguguran rambut yang berlaku selepas ibu ibu bersalin akan hilang dengan sendiri. Kalau rambut anda gugur tiap hari, terutama selepas sikat, jangan risau, itu normal.

Tetapi, jika ianya berterusan dan semakin teruk, barulah pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan. Bimbang ia berpunca dari masalah kesihatan seperti thyriod, stress melampau, keradangan kulit rambut, ataupun juga disebabkan oleh penuaan.

Di sini adalah 7 tip yang dilakukan:

Diet

1. Mediterranean diet

Di dalam kajian pada tahun 2018 menunjukkan, konsumasi sayuran mentah dan herba segar seperti Mediteranean diet boleh mengurangkan risiko androgenic alopcia. Kesan ini meningkat kepada mereka yang mengambil diet tersebut yang mengandungi parsley, basil, salad greens lebih dari 3 hari dalam seminggu.

2. Protein

Bahagian gland rambut merupakan protein yang dipanggil keratin. Kebanyakan keguguran rambut disebabkan oleh kekurangan protein akibat dari kewujudan asid amino yang menghalang pertumbuhan protein.

Pemilihan makanan berasaskan protein yang sihat seperti telur, kekacang, ikan, produk tenusu rendah lemak, dan ayam adalah satu langkah yang bijak.

3. Vitamin A

Vitamin A dapat membantu menghasilkan kulit kepala yang sihat serta dapat juga membantu mengurangkan risiko rambut gugur.

Sumber Vitamin A yang mudah didapati di pasar raya seperti ubi keledek, Lada benggala, dan Bayam. Ada banyak lagi, boleh je google.

Hair care

4. Kerap Basuh Rambut

Kerap mandi dan basuh rambut setiap hari mungkin dapat membantu kulit kepala anda kekal bersih dan sihat. Kuncinya adalah penggunaan Mild Shampoo. Penggunaan shampoo biasa boleh menyebabkan rambut kering dan rosak. Lalu membuat rambut anda gugur dengan lebih cepat.

Shop for mild shampoo.

5. Minyak Kelapa

Berdasarkan kajian pada tahun 2018, penyeldik percaya bahawa minyak kelapa boleh membantu rambnut dari terkena sinar UV yang terkelaluan.

Orang tua di Malaysia juga sering menggunakan minyak kelapa sebagai kegunaan harian. Itu sebab rambut orang zaman dulu cantik berkilat.

Lauric acid yang terdapat di dalam minyak kelaoa membantu mengikat protein yang terdapat dalam rambut, sejurus ia dapat mengelakkan dari akar rambut kerosakan. Manakala kaedah mengurut rambut dengan menggunkaan minyak kelapa juga dapat melancarkan aliran darah lantas membantu pertumbuhan rambut baharu.

Shop for coconut oil.

6. Minyak Zaitun

Berbeza dengan minyak kelapa, minyak zaitun digunakan untuk rawatan kerosakan yang lebih sulit, membantu melindungi kulit rambut dari kekeringan serta kerosakan pada akar rambut.

Penggunaan tiap hari dengan lumur di rambut, tunggu selama 30 minit barulah bilas.

Dulu masa NM zaman kanak-kanak, mak NM suka letak minyak zaitun ni sebelum pergi ke sekolah.

Minyak zaitun NM pakai semasa kecil

Shop for olive oil.

7. Yoga

Punca rambut gugur juga adalah disebabkan oleh stress. Jika ia adalah punca, yoga mampu untuk membantu anda. Cuba posisi seperti ini : Downward Facing Dog, Forward Bend, Camel Pose, Shoulder Stand, Fish Pose, and Kneeling Pose. Boleh search di YouTube utk pembelajaran Yoga secara online.

Akhir kata kalam bicara

Sentiasa peka, jika anda mengalami keguguran rambut yang melampau atau tiba-tiba, sila berjumpa pakar atau doktor berhampiran. Bimbang ia berkaitan dengan kes tiroid, yang tidak boleh melakukan rawatan dari rumah.

Lagi satu, hadamkan dalam fikiran anda bahawa rawatan rambut ini bukan mudah dan murah, ia mampu mengambil masa lama antara enam bulan ke satu tahun untuk menunjukkan kesan. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: