Cara Daftar Mysejahtera untuk premis atau kedai anda

October 11, 2020 By:

Adalah menjadi suatu keperluan untuk kita mempunyai Buku atau Apps (QR Code) my sejahtera sebagai SOP keperluan di waktu zaman pandemik Covid19.

Oleh itu, NM akan share kan secara ringkas bagaimana cara untuk register Mysejahtera ini. Mudah je sebenarnya.

  1. Mula-mula anda pergi ke laman web mysejahtera/register.

2. Kemudian anda masukkan no fon anda atau kalau nak menggunakan email, tekan pada link tersedia di bahagian bawah.

3. Tekan Daftar kemudian tunggu OTP terima melalui SMS ke nombor yang anda daftarkan. Atau ke email yang anda masukkan.

4. Ada satu form yang anda perlu isi. Antaranya nama Organisasi, nama pemilik, dan alamat yang anda ingin daftarkan di dalam Mysejahtera.

5. Selesai, anda boleh cetak atau simpan file itu. Mysejahtera didatangi dengan scan QR Code. Ia mudah dan pantas.

Selesai ! Semoga rantaian Covid ini dapat diputuskan dengan usahasama kita semua. KitaJagaKita.

Leave a Reply