COVID 19 Ekonomi

Cara Daftar Restoran atau Premis anda sebagai Merchant FoodPanda by Nenasmadu

Foodpanda bukanlah suatu jenama yang asing lagi di Malaysia. Lebih-lebih lagi bermula pada zaman pkp 2020 baru baru ini. Ia menyediakan servis penghantaran makanan kepada pengguna dengan mudah. Antara kelebihan foodpanda ini ialah bekalan Rider yang boleh didapati adalah ramai, dan kebiasaanya untuk dapatkan rider pelanggan tidak perlu tunggu lama.

Sistemnya juga yang agak teratur dan well developed menyebabkan pengguna gemar untuk menggunakan aplikasi foodpanda tersebut sebagai penyedia servis penghantaran makanan kepada mereka.

comel logo foodpanda ni

Ia bukan sahaja peluang kepada mereka yang ingin menjadi rider sebagai punca pendapatan, malah ia juga membuka peluang kepada mereka yang memiliki premis/gerai/restoran yang hendak diniagakan. Foodpanda juga terbuka untuk beroperasi dari rumah atau kediaman.

Jadi NM akan kongsikan cara mudah untuk register atau daftar sebagai Foodpanda merchant di mana ia boleh membantu perniagaan anda dengan mudah dan ringkas.

CARA DAFTAR FOODPANDA MERCHANT

  1. Ke laman Rasmi FOODPANDA
  2. Tekan GET STARTED (nanti dia akan bawa anda scroll ke bahagian form untuk di isi)
  3. Isikan segala maklumat anda dengan lengkap. Segala yang bertanda * anda wajib isikan.
  4. Download borang template menu yang anda sediakan. Dalam template tu anda perlu senaraikan Nama Hidangan, Kategori Hidangan, Butiran hidangan (ni penting, lagi detail lagi bagus, contoh macam kat hotel berbintang, dia akan explain apa yang ada dalam tu, perghh), pax yang anda boleh sediakan (ni anda perlu tahu berapa yg anda mampu nak jual maximum untuk hidangan tersebut), dan harga (foodpanda akan ambil 30% komisen tak termasuk sst).
  5. Dah isi borang kat atas selepas anda dah download dari google drive foodpanda, kemudian anda perlu upload ke dalam file yang terdapat dalam borang tadi.
perlu upload di sini dalam bentuk pdf/excel /word/ jpg

6. SUBMIT FORM dan tunggu sehingga pihak Foodpanda semak permohonan anda.

Apa yang anda boleh lakukan selepas itu adalah tunggu sehingga dihubungi oleh pihak foodpanda melalui telefon atau email. Jika kelulusan anda diterima, anda akan diberikan kontrak oleh FOODPANDA untuk dipersetujui.

Anda akan diminta untuk hantar kembali kontrak yang bersign tersebut berserta dengan gambar menu yang anda sediakan. Pastikan butiran menu anda sama dengan gambar. Save nama file gambar anda sama dengan nama menu anda supaya mudah untuk team foodpanda menyemak. Berikut adalah antara spesifikasi gambar yang anda perlu patuhi :

Spesifikasi gambar yang diperlukan

Kalau semakan dah selesai dan mengikut apa yang dikehendaki oleh foodpanda, anda akan menerima peranti dari foodpanda. Anda akan diberi latihan melalui telefon dari foodpanda. Selepas itu, restoran atau gerai atau kedai makan anda akan tersenarai dalam aplikasi foodpanda tersebut. Selamat menjana pendapatan dengan foodpanda.

KitaJAGAKita.

Sebarang pendapat atau cadangan boleh hantar kepada email nenasmadu. Terima kasih kerana membaca!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: