COVID 19

Gejala Covid 19

Tak boleh kita bayangkan pada masa dahulu kita akan hidup di zaman seperti ini. Pada dahulunya kita bebas tidak perlu risau akan udara yang kita sedut setiap hari. Kini ia tidak lagi begitu. Sikap berjaga-jaga dan waspada sentiasa berada dibenak akal fikiran mereka yang waras.

Kehadiran pandemik Covid ini pastinya menjadi pengajaran yang besar buat kita. Sentiasalah kita bermuhasabah akan ujian ini. Semoga bumi kembali sihat.

NM suka untuk kongsikan gejala yang boleh dijadikan indikator kepada mereka yang risau. Iya lah, kadang-kadang kita tak tahu sama ada kita tidak pasti gejala yang ada itu adalah implikasi dari Covid atau bukan. Namun, perlu diingatkan, terlalu banyak kes kepada pesakit yang tidak punyai sebarang gejala. Ini bahaya.

Secara Normalnya seseorang yang telah dijangkiti Covid19 akan menunjukkan tanda-tanda seperti ini :

  1. Demam (ini paling biasa)
  2. Batuk (tak ada mukus)
  3. Sebahagiannya selsema dan sakit kepala yang teruk
  4. Sakit sendi-sendi rasa macam nak pulas seluruh badan
  5. Hilang deria bau.
  6. Keletihan melampau
  7. Sukar nafas

Kalau anda ada gejala-gejala di atas, sila dapatkan pemeriksaan saringan doktor.

Ada juga perkongsian menarik yang santai oleh salah seorang pesakit Covid 19 dikenali sebagai @fatahfatah di LINK INI : FATAHFATAH PESAKIT COVID19. Perkongsian dia agak santai dan bersahaja yang telah mencuit hati NM dikala kerisauan ini terbuku di hati.

Apa-apa pun, sentiasa berhati-hati sentiasa. Sentiasa patuh SOP, jaga jarak, pakai pelitup muka, sanitizer selalu. Jaga Diri, Jaga Keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: