Kopi Wonda Baharu perisa Barista “Daily Fix” menanti si hantu kopi.

October 17, 2020 By:

NM memang pantang kalau ada jenama keluaran Wonda yang baru. Pasti NM tidak akan lepaskan peluang untuk menikmatinya terlebih dahulu.

Pada 17 Oktober 2020, NM terpandang sesuatu di meja kaunter 7eleven Sungai Tangkas. Mata tak berkedip terlihat penampakan tin kebiruan berjenama Wonda seperti di bawah.

Biru buat abang mengigau

NM lantas bertanyakan kepada cashier, “Wonda Baru Ke?”. Cashier mengiyakan dan mengatakan ia adalah keluaran wonda yang baru. NM pelik, kerana setahu NM, tiada sebarang promosi dari official wonda di mana mana media sosial pun. Belek punya belek tin tu, memang sah ia adalah jenama Wonda keluaran Etika Sdn Bhd.

Di tempat kerja NM, setiap hari NM akan berbekalkan Wonda Original, tak pun Wonda Booster 2x. Kedua-duanya merupakan kegemaran NM untuk di bawa ke tempat kerja setiap hari sebagai peneman hari hari ku.

Kini muncul pula si biru. NM tak fikir panjang terus grab setin untuk di bawa balik.

Wonda Barista di genggaman

Mungkinkah NM orang pertama yang mendapatkan keluaran terbaru wonda ini? Siapa tahu kan.

Tanpa membuang dakwat lagi, tibalah masa komen jujur dari NM. Dia tidaklah pahit, malah terasa mild nya seakan baru dihidangkan oleh seorang Barista!. Rasa pahit dan susu diblend dengan begitu baik. Amat sesuai buat mereka yang gemar white coffee tetapi versi tak terlalu manis. Best serve chill okay.

Bagi NM, dari segi rasa, ia menduduki tempat ke dua berbanding yang Original. Begitu juga dari segi function untuk hilangkan mengantuk. Wonda BOOSTER 2X memang sangat padu untuk menghilangkan rasa lemau.

Tapi untuk Kopi Brand Daily Fix ini seumpama kopi premium yang dikisar dan diblend menggunakan mesin Coffee Maker di rumah atau di barista berhampiran. Rasa Esspressonya tu wujud, dan sesuai. Harga pun tak mahal seperti harga al yahuuuddd~

Jadi bagi NM, ia balanced dan rasa sangat halusss. Lebih halusss dari brand yang lagi satu tu (tak mention brand mana ya).

Harga yang boleh didapati di 7eleven adalah pada harga rm2.80. Di kedai lain NM tak sure sebab belum pernah jumpa. Jadi bagi hantu kopi, NM sarankan untuk korang rasa sendiri Kopi Barista keluaran terbaru Wonda ni. Rugi ohh tak rasa. Ngam ngam sui~

Leave a Reply