Teknologi Uncategorized

Samsung Galaxy Buds+ review pertama dari Nenasmadu

Dalam kotak Buds+ sebelum dibedah

Semakin canggih teknologi kini. Kalau dulu touchpad hanya untuk phone, sekarang kita sudah ada earphone yang juga mempunyai fungsi touch!

Ia merupakan keluaran samsung pada Febuari 2020 yang dinamakan Galaxy Buds+. NM antara pengguna yang sering menggunakan earphone sebagai kegunaan harian. Untuk dengar music, tonton youtube, layan game, dan macam-macam lagi.

NM beli ni pun bukan sebab suka-suka, tetapi disebabkan oleh wayar earphone NM yang dah barai teruk. Dah nampak “urat” dalam. Itulah kekurangan earphone yang ada wayar. Jadi sudah sampai masanya untuk NM beralih ke satu kaedah baru bagi mengelakkan perkara sama berulang. Tiap tahun tukar koyak jugak poket NM.

Jadi NM usha la tempat shopping febret peralatan elektronik NM iaitu Senheng. Kebetulan pula Senheng ada promosi sehingga 11 November, dari harga asal RM599, masa NM tengok harga dia RM349. Terus sauk tak fikir panjang. Megi kan ada apa-apa hal.

Wahai warga Senheng, improve kan lah koranh punya website admin. Dah delivered pun tak update lagi.

Harga dah ngam sangat lah tu, dengam tak ada caj shippingnya. Lagipun NM pun nak tahu juga apa best pakai TWS ni kan.

Sebelah kanan tu manual, sebelah kiri tu charging case dengan earbuds untuk ganti (s/m/l)

NM order dari Senheng pada 2 November, sampai ke rumah NM 5 November. Laju bak ang J&T 3 hari je ambil masa proses.

Nak guna dia senang je, NM tak jumpa button on/off, sebab dia macam sentiasa on. Bila cabut je dari charging case, dah good to go. Pasang kat telinga, buka bluetooth pada fon untuk buat carian dan connect.

NM suggest guna apps Samsung Wearable macam kat bawah ni.

Sangat mudah nak guna, anda boleh lihat pada interface pada gambar bawah.

Fungsi dia pun boleh digodek sendiri. Yang NM suka adalah fungsi ambient dia. Ia bagi mengelakkan deria pendengaran kita terlimit oleh pemakaian earphone. Sebenarnya ia merupakan fungsi open mic yang membolehkan kita dengar suara sekeliling. Jadi kalau kena hon dari belakang ketika sedang menggunakan buds ni tak adalah tak perasan kan. Bagus tu.

Ia dilengkapi oleh 3 bahagian mikrofon yang mempunyai fungsi masing masing. Antaranya fungsi ambient tadi tu lah.

Selain itu fungsi touch dia pun sangat mudah. 1 tap untuk play atau pause. 2 tap untuk next. 3 tap untuk previous. Kalau tap dan hold akan decline call dan juga boleh set sama ada nak jadikan ia fungsi ambient, volume , on spotify ataupun terus untuk fungsi bixby(voice command).

Pemakaiannya juga selesa, walaupun NM tidur mengiring. Ia tak menganggu keselesaan telinga NM.

Bab audio pulak sangatlah memuaskan. Sangat padu dan Rock On.

Mikrofon pun buds+ tangkap agak jelas, cuma boleh improve lagi lah bagi NM. Noise cancel dia tak berapa ngam lagi. Tapi still good though.

Waktu standby dia diyakini boleh up to 11 jam. Tetapi dengan 1 kali charge dari charging case boleh sampai sehingga ke 22 jam penggunaan.

Charging case dia pun rasa agak solid. Boleh rasa premium dia tu. Dia ada light indicator pada charging case. Merah bateri dah low, kuning boleh lagi pakai, kalau hijau 80% ke atas.

Untuk produk ni NM tak expect much sebab NM nak enjoy sahaja dengan teknologi hari ini. Tetapi so far NM guna ia memang amat memuaskan. Sebab design dan fungsi dia bagi NM sudah mencukupi. Satu hari nanti mungkin dah tak ada langsung device macam ni. Terus tanam cip je dalam telinga agaknya. Kereta pun dah boleh terbang apa.

Apa apa cadangan atau persoalan boleh dm NM, insyallah NM balas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: