Sate Kajang Warisan Hj Rono buah mulut orang Kajang

November 8, 2020 By:

Sebelum NM bercerita lebih lanjut, ingin NM tekankan penulisan kali ini bukan untuk memperlekeh, menghina mahupun mengeji. Ia sekadar pendapat peribadi NM tentang sesuatu dengan harapan boleh dijadikan panduan.

Walaupun NM dah duduk di sekitar Kajang sudah lebih 10 tahun, namun NM belum pernah merasai sendiri Sate yang dikatakan antara tersedap di Kajang oleh netizen netizen di media sosial.

Sebelum ini, NM ada menulis tentang restoran raja satay 1900. Jadi ini adalah kesinambungan dan benchmark yang boleh digunakan untuk pembaca.

Gambar realiti (NM tak reti susun cantik cantik)
Gambar illustrasi

Kebetulan pula mengidam nak makan sate malam-malam begini, NM teringat NM berhasrat untuk rasa Sate Kajang Hj Rono Warisan untuk hidangan sate yang seterusnya. NM gunakan aplikasi foodpanda untuk order, malas nak drive keluar.

Seperti yang anda lihat di atas adalah gambar yang diambil oleh Kamera Samsung cikai NM Samsung Galaxy A51.

Tak banyak perbezaan di antara gambar real dan gambar marketing. Bagi NM ia bukan sesuatu yang besar untuk dibahaskan. Kebiasaanya gambar marketing tidak sama dengan gambar real. Tapi untuk produk Sate Kajang Hj Rono Jalan Sulaiman Bandar Kajang ni agak hampir sama dengan gambar real.

Di dalam gambar adalah, 5 cucuk ayam, 7 cucuk daging dan 4 cucuk kambing. Total termasuk penghantaran adalah RM38 (nasi impit yang roll panjang tau). Pulak tu NM dapat diskaun voucher dari foodpanda RM18. Jadi bayar RM20 sahaja lah untuk santapan malam ini.

NM memang teruja yang teramat untuk menikmati sate yang menjadi perbualan segenap rakyat ni. Ngap ngap.

…. ….. munch… munch..

Okay…..

Lepas tu NM rasa dengan Kuah dia…

Yup, NM rasa yang menjadi trending adalah Kuah Kacang dengan sambal dia yang sangat sedap dan kena dengan lidah NM.

Berbanding yang sebelum ni di restoran Raja Satay, NM sangat suka dengan tekstur dan rasa sate dia, tetapi NM rasa kuah kacang dia perlu improve lagi, berbeza dengan sate kajang hj rono ni, kuah kacang dia memang superb. NM rasa di sini lah kekuatan produk dia.

Sate dia bukan tak sedap, sedap dan rasa je kenikmatan sate dia, tapi kalau nak dibandingkan dengan Raja Satay, bagi NM, Raja Satay better. Cuma dia jadi padu meletops bila campur dengan kuah dia, memang perfecto. Noktah.

Antara 3 jenis sate yang NM makan, NM paling suka yang kambing. Cuma harganya lebih mahal berbanding yang lain. Di foodpanda RM2.20 untuk sebatang sate kambing, manakala RM1.50 masing masing untuk ayam dan daging.

Akhir kata dari NM, yang mana-mana mengidam terasa tekak nak telan satey, boleh support Sate Kajang Warisan Hj Rono guys.

Boleh baca kisah sejarah Sate Kajang Hj Rono ni ya di RONO SATE KESINAMBUNGAN LEGASI SATE ASAL KAJANG

Sebelum ni NM ada melakukan kesilapan dari segi gambar yang digunakan, NM ingatkan beli dengan kedai di bawah. Jadi NM memohon maaf kepada Tuan Kedai Rumah Sate Rono di atas kesilapan ini. Next NM akan mesti try juga kat sana : https://www.facebook.com/RumahSateRono.

Posting header NM sebelum ni yang tersilap, dan ini kedai Rumah Sate Rono.

Leave a Reply