Buat visa di imigresen perlu temujanji secara online

November 21, 2020 By:

Urusan penting yang melibatkan imigresen seharusnya tidak dianggap enteng. Perlu sentiasa peka akan status pas perjalanan anda bagi mengelakkan anda didenda. Sewaktu zaman PKP ini, anda digalakkan untuk membuat temujanji secara online terlebih dahulu.

Anda cuma perlu pergi ke Sistem TemuJanji Online (STO) yang disediakan pihak imigresen. Untuk makluman, anda perlu buat temu janji ini lebih awal kerana anda perlu berebut dengan individu lain. Dan slot adalah terhad.

Terus ke STO online.

Ingin NM ingatkan bahawa website tersebut sering juga down. Mungkin kerana terlalu ramai yang memasuki website tersebut. NM berjaya selepas cubaan beberapa kali. Dan hanya mendapat slot temu janji untuk dua bulan akan datang. Bertabahlah.

NM juga telah berjaya membuat urusan imigresen baru-baru ini. Anda boleh refer di artikel NM di https://nenasmadu.com/2021/01/12/memohon-visa-lanjutan-spouse-dan-kebenaran-bekerja-ketika-musim-pkp-mco-pkpb-di-jabatan-imigresen-shah-alam/

Apa yang penting adalah anda perlu buat temujanji dengan imigresen secara online terlebih dahulu.

One Reply to “Buat visa di imigresen perlu temujanji secara online”

Leave a Reply