Resepi Caramel Pudding Tanpa Telur untuk kudapan petang

November 22, 2020 By:

Hai kali ini Chef NM nak berkongsi resepi simple (Pudding Caramel) yang sesuai untuk kudapan di waktu petang, ataupun untuk aktiviti tukar tukar juadah dengan jiran jiran.

Video Resipi yang NM refer. Mudah dan menjadi.

NM memang gemar caramel puding yang jual kat family mart. Sedap. Tapi agak pricy dan kuantiti pula kecil. Tak puas nak makan.

Untuk yang mengalami masalah sama macam NM, boleh cuba ini di rumah anda. Total kos dalam RM

Bahan-bahan Utama

Untuk air gula :

1. Gula secawan

2. Air secawan

Untuk bahan Utama Puding :

1. Gula satu cawan

2. Tepung Custard 3 sudu Besar

3. Vanilla essence 1 sudu kecil

4. Susu 1 liter

5. 1 pek agar-agar tanpa warna

6. Susu sejat 1 tin (evaporate)

Tepung kastard
1 pek agar agar

Dah ada semua bahan tu, kita mula kan dengan buat air gula.

1. Masukkan gula 1 cawan ke dalam periuk. Panaskan dengan api kecil sederhana. NM risau cepat hangit dan tak terkawal pula pudding caramel anda tu. Tapi kalau dah pro tak apa.

2. Gaul sehingga gula mencair. Dia akan jadi perang gelap.

3. Masukkan setengah cawan air atau bergantung pada anda nak pekat atau cair. Kalau nak cair, lebihkan lagi untuk “sup” puding tersebut.

4. Tetap kacau dalam 2 ke 3 minit. Kemudian tutup api dan masukkan dalam adunan.

Next adalah penyediaan puding.

1. Campurkan kesemua bahan bahan tersebut ke dalam periuk sederhana besar atau besar. Takut melimpah kalau terlalu kecil.

2. Buka api pada kepanasan sederhana. Tunggu sehingga mendidih. Sentiasa kacau ya. Penting!

3. Dalam 2 minit selepas mendidih, dan anda sudah pasti segala adunan sudah sebati di dalam periuk tersebut. Boleh tutup api.

4. Part di sini kena lakukan dengan selembut mungkin. Step ini anda perlu untuk memasukkan puding tersebut ke dalam bekas yang mengandungi air gula tadi. NM gunakan senduk dan ciduk sedikit demi sedikit. Ia bagi mengelakkan jadi tekstur yang kurang cantik.

5. Tunggu dalam 30 minit untuk puding anda tu sejuk. Kemudian masukkan dalam peti ais bahagian bawah. Selepas 2 jam anda sudah boleh menikmati puding tersebut.

Masa nak hidangkan pudding caramel tu anda boleh terbalikkan bekas. Nanti dia akan jadi cantik cun melecun ummph!

Selamat mencuba !

Fb LINK ASAL

Leave a Reply