Suntikan Perancang Kehamilan (Depo Provera)

November 24, 2020 By:

Alkisahnya begini, waktu kehamilan kedua asyik kena sound supaya buat perancang kehamilan untuk next time. Lebih lagi masa bersalin kali pertama kena admit emergency ceaser. Perbezaan kehamilan pula tak sampai 2 tahun usia. Jadi yang pertama terputus susu sebelum mencecah usia 2 tahun.

Perancang kehamilan yang diperkatakan ini adalah penjarakkan kelahiran. Antara caranya adalah dengan teknik Depo-Provera (contraceptive injection). Ia merupakan suntikan yang dilakukan bagi mengelakkan berlaku kehamilan dalam tempoh singkat (lingkungan 3 bulan).

Kesan Sampingan

Kalau anda berhasrat untuk melakukan prosedur ini, anda perlu membuat temu janji terlebih dahulu. Boleh buat sewaktu checkup anak pada sebulan. Dapatkan nasihat doktor tentang pro dan cons menggunakan kaedah ini. Antara yang NM ingat, kelebihan menggunakan kaedah ini berbanding menggunakan pil perancang, ia tidak mengandungi risiko untuk terlupa consume, sebab sekali suntikan boleh tahan sehingga 3 bulan. Kekurangannya pula ia mungkin memberi kesan kepada kesihatan tulang anda jika penggunaaan tidak terkawal.

Di Klinik Kesihatan (KK) pada waktu temujanji, boleh letak buku pink atau biru anak anda ke kaunter, dan apabila nama anda dipanggil, anda perlu maklumkan bahawa anda mahu buka bersama “buku perancang”. Ada beberapa detail yang anda perlu isikan. Dan anda akan diperlukan untuk menjalani beberapa saringan kesihatan seperti tahap tekanan darah, berat badang, ujian darah dan juga ujian urine. Selepas tu boleh uruskan perihal anak anda(checkup postnatal). Dah selesai semua tu, anda akan dipanggil untuk suntikan Depo.

Sebelum anda di suntik, nurse akan memaklumkan sekali lagi tentang kesan dari suntikan yang nak dilakukan ni, terutama kesan kepada haid. Pun begitu, ada sesetengah orang tak terkesan langsung, tetapi ada juga yang terus tak datang haid. Apa-apa pun jika terdapat sebarang keresahan atau tanda tanya, anda boleh dapatkan terus khidmat doktor bagi mengelakkan perkara yang tak diingini terjadi.

Suntikan akan dilakukan di bahagian punggung. Macam gigit semut je (cliche). Dah settle boleh balik tunggu next 3 bulan utk dos berikutnya(kalau anda nak teruskan lagi). Itu sahaja, selesai, dan anda boleh teruskan aktiviti susuan anda tanpa gusar. Kesan suntikan tidak akan beri kesan kepada susuan anak. Dont Worry k.

Oh lupa pulak yang ada bayaran RM1 untuk buka buku dan RM 5 untuk 1 suntikan. Jadi kesemua nya berjumlah RM6 sahaja.Itu kalau di klinik kerajaan lah, tp kalau di Klinik Swasta NM tak pasti.

Rujukan lanjut pasal depo provera ni boleh refer ke SIAKAPKELI.

Leave a Reply