[GamingZone] Rogue Company di Epic Platform

November 25, 2020 By:

NM jarang bercerita tentang game di dalam blog Nenasmadu ni. Tapi kali ini NM terpanggil untuk berkongsi satu game yang NM rasa agak berbaloi untuk dikongsi.

NM tak pasti bila tahun game ini dilancarkan, tetapi NM hanya mula bermain bersama rakan rakan sejak September lepas.

Poster dari epicgames

Rogue company ini adalah game berasaskan 3rd person shooter yang memerlukan ketangkasan bagi menewaskan musuh. Permainan ini akan dimainkan antara dua pasukan, iaitu team alpha dan team bravo.

Setiap pasukan pula terdiri dari 4 orang pemain masing-masing. Apa yang menarik adalah, game ini support cross platform. Di mana pemain pc boleh bermain bersama pemain dari konsol PS dan juga NS Switch.

Dari segi game mode pula terdapat 3 jenis iaitu Extraction, Domilition dan StrikeOut.

Setiap mode ada perbezaan cara gameplay dan objectivenya. Tapi usah risau, di awal permainan akan diajar tutorial bagi memudahkan pemain baharu dapat mensesuaikan diri.

Baru baru ni ada update yang agak besar, developer memperkenal ranking match, tetapi hanya untuk mode Domilition sahaja. Mungkin akan datang akan diupdate lagi.

Setiap rogue ada skill tersendiri yang boleh digunakan bagi menewaskan musuh. Antara mirip game seperti ini adalah Valorant. Pun begitu NM belum pernah lagi bermain Valorant. Hanya tonton stream di media sosial sahaja.

Jadi buat penggemar e-sukan berkonsepkan shooting game, NM sarankan untuk anda cuba merasai sendiri pengalaman bermain Rogue Company ni. Lagipun free je di platform Epic.

Lagi best kalau dapat bermain dengan geng. Oh ada voice in game ya. Enjoy!

Dr.Disrespect costume set

NM pasti ada dalam kalangan rakan-rakan kita akan memperlekehkan, dan mengatakan bermain game adalah buang masa semata-mata. Itu betul dan tidak betul. Bagi NM, kalau kita pandai bahagikan masa dengan betul, ia tidak menjadi masalah

Yang menjadi masalah adalah jika kita terlalu asyik sampai mengabaikan tanggungjawab lain terutama dari dalam segi pelajaran. Buat masa kini memang ia nampak indah, tapi ketahuilah, ilmu itu berjuta lebih penting dan indah jika kita semai dalam dada.

Leave a Reply