Princemeed Youtubers yang sering diganggu “sesuatu”?

December 4, 2020 By:

NM dah lama juga follow tentang seorang youtubers terkenal di Youtube. Terkini beliau sedang diganggu sesuatu. Sehingga kini beliau memiliki lebih 800k orang subsribers. Content dia berkonsepkan penceritaan tentang pengalaman, dokumentari kisah-kisah menarik, misteri, malah kadang NM lihat ada juga beberapa drama yang dibuat bagi menarik minat penonton. Beliau adalah Princemeed.

Yang best nya video beliau akan memaparkan perbualan dengan musik background serta selingan scene video yang menarik. Terus terang NM boleh katakan editing beliau amat baik dan really enjoy.

Jadi baru baru ni beliau ada post satu lagi video kesinambungan dari kisah beliau sebelum ini. Ia berkaitan dengan gangguan yang beliau hadapi selepas video content beliau beli dybuk box dari internet dan seterusnya diganggu secara berterusan. Agak banyak juga berkaitan dengan kes ini terhadap beliau selepas pada hari kejadian itu.

Anda boleh play video di bawah ini untuk mendapatkan gambaran tentang gangguan yang berlaku pada beliau bermula tahun lepas :

First Video beliau beli kotak Dybbuk dari Internet

Princemeed diganggu lagi disebabkan dybbuk box

Apa yang NM nak tulis pada artikel kali ini hanyalah berkaitan dengan video terbaru yang dimuatnaik pada 1 Disember 2020 yang bertajuk, USTAZ DATANG RUMAH AKU ADA BERITA BURUK *IBLIS SERUMAH* DYBBUK BOX | TINGKAT 3 (REAL LIFE). Standard Princemeed, tajuk dia memang gempak dan hype.

Nak tonton video tersebut boleh play pada ruangan di bawah :

PRINCEMEED LATEST VIDEO DIGANGGU DI RUMAH BARU

Kewujudan makhluk selain kita semestinya tidak boleh dinafikan sebagai seorang muslim. Memang disebut dalam Alquran akan wujudnya alam ghaib seperti jin, iblis dan syaitan untuk mengugat keimanan kita dalam pelbagai bentuk cara dan teknik. Antaranya dengan menimbulkan ketakutan dalam diri supaya kita berasa takut pada sesuatu selain dari tuhan yang Satu.

Advertisement




Berkaitan dengan kisah Princemeed ini, beliau diganggu dalam bentuk bunyi, perasaan seperti ada seseorang turut berada bersama di rumah beliau, malah ada juga kesan seperti kotoran cecair pada dinding rumah beliau yang didakwa sebelum ini tidak ada dan hanya muncul secara tiba-tiba. NM nak kata percaya tak percaya, NM tak berani. Tetapi beliau turut bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak tipu dan kalau tipu masuk api neraka.

Sebut pasal sumpah atas nama tuhan ini, di negara arab, perkataan seperti “wallahi” sudah menjadi kebiasaan dan sesuatu yang tidak asing lagi. Sehingga ada sahabat NM yang menggelar orang yang cakap kosong ni seperti “sumpah orang arab”. Pun begitu, NM bukan menuduh Princemeed menipu. Dikuatkan lagi satu video viral tentang seorang isteri curang di hotel bersama lelaki lain. Di dalam video tersebut, beliau juga menggunakan kata-kata yang sama. Which is buat NM rasa what the heck man??? berani betul.

NM tak nak kongsi video tersebut di sini, pandai-pandai lah korang cari sendiri. Hint : Yoouu, youu memang sangat cute..

Jauh betul menyimpang, kembali semula berkaitan dengan tujuan posting ini. Di dalam video ini, dikatakan seorang individu yang dikenali sebagai Ustaz datang ke rumah Princemeed untuk membantu beliau untuk mendapatkan kepastian tentang apa yang berlaku. Siapa individu tersebut tak dipaparkan secara jelas disebabkan beliau memakai mask. Kalau Ustaz Auni NM boleh lah nak cam kan. Cumanya kisah Ustaz ini sekadar sehingga maklumkan bahawa yang problem bukanlah disebabkan rumah tersebut yang mempunyai 3 tingkat, tetapi disebabkan oleh Princemeed sendiri ada yang IKUT!

Sytlo baju Ustaz tu NM suka

Bagi NM, NM percaya akan adanya gangguan-gangguan seperti kedengaran bunyi dan sedikit penampakan diselingan anak mata. Malah NM pernah mengalaminya beberapa kali sepertimana segelintir dari pembaca yang mungkin pernah mengalami pengalaman yang sama. Walaubagaimanapun, NM tidak berada di tempat tersebut, dan tak boleh nak pastikan kesahihan content dari Princemeed ini sama ada tulin mahupun staged. Sebagai sesuatu yang misteri seperti ini, NM hanya berpegang untuk enjoy sahaja, dan menganggap ianya sekadar entertainment yang boleh dinikmati. Dalam masa yang sama, NM percaya akan kewujudan perkara ghaib seperti yang NM telah sebut beberapa kali.

Apa kata anda?

Update : Rawatan PRINCEMEED

2 Replies to “Princemeed Youtubers yang sering diganggu “sesuatu”?”

  1. suraya zailani says:

    Patutla princemeed berani rakam satu2 ya situasi dia kena kacau…rupanya ramai yg x percaya…tp aq da tgk dgn mata aq sendiri dkt youtube dia…serius benda tu real..sbb aq x pernah segementar dan mmg meremang betul..sampai perut aq mual2…dan aq bole tau betapa takutnyaa dia time tu…fuhh semoga kita semua dijauhkan dari benda begitu amin

Leave a Reply