Panggil pomen bateri kalau kong tepi jalan menggunakan aplikasi Bateriku.com (Online Apps)

Published by Nenasmadu.com on

Zaman dahulu peristiwa kereta anda tiba-tiba enjin tidak boleh hidup disebabkan masalah bateri merupakan suatu masalah yang merungsingkan, Kini dengan teknologi zaman serba mobil, satu aplikasi baru (tak adalah baru sangat, NM dah guna sejak tahun 2016 lagi) yang dinamakan Bateriku.com.

Mungkin ramai dah pernah pakai, tapi mungkin ada juga yang belum tahu ataupun punyai masalah keyakinan pada aplikasi bateriku tersebut. Bagi NM, apps ini sangat legit, malah NM selesa berurusan dengannya. Ia agak mudah dan NM dapat membuat aktiviti lain dengan tenang sewaktu proses servis berlaku.

Macam mana nak dapatkan Aplikasi Bateriku.com ni? Bagi pengguna Android, anda boleh download di APK google play anda di ANDROID BATERIKU.COM manakala bagi pengguna Apple ios anda boleh dapatkan di IOS BATERIKU.COM. File pun tak besar sangat cuma dalam 30mb sahaja. Atau, anda boleh guna sahaja link ini terus ke laman sesawang rasmi Bateriku.com https://www.bateriku.com/order/location.html dengan menggunkaan internet browser anda.

Mudah ke nak pakai? Bagi NM, ianya sangat mudah dan puas hati. Pertama anda perlu sign up dengan no fon dan juga email anda. Itu pun ia merupakan option, anda boleh sahaja teruskan tanpa register apa-apa dengan bateriku. Hanya masukkan no fon untuk one off punya servis. Bagi NM, lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Sesudah Sign Up, anda boleh untuk terus booking dan isi jadual mengikut jenis kereta dan selepas itu jenis bateri kereta anda. NM suka pakai Amaron, setakat ni belum pernah ada masalah lagi setelah 2 tahun penggunaaan. Maybe harga tinggi sedikit berbanding jenama lain, tetapi dah tak perlu pening-pening kepala lagi. Dah buat pilihan, anda hanya perlu membuat pembayaran sama ada melalui cash/debit/online/credit setelah proses berjaya.

NOTA PENTING! anda tidak perlu buat pembayaran untuk booking! hanya perlu bayar jika bateri tersebut ditukar atau servis yang terpilih. Troubleshoot juga tidak akan dikenakan sebarang caj! menarik bukan? Contoh, pomen dah datang cek dan maklumkan akan kerosakan yang berlaku berserta solusi, jika anda bersetuju, baru lah anda akan dikenakan caj bagi penukaran bateri. Gitu. Nak lagi faham susun alur dia boleh lihat di gambar rajah di bawah.

Sewaktu booking nanti, anda juga boleh tetapkan lokasi, waktu untuk servis, dan apa-apa arahan spesifik kepada pomen. Jadi anda boleh plan untuk mengelakkan masa anda terbuang dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Pomen bateriku juga sangat friendly dan membantu. NM sangat senang berkerjasama dengan mereka.

Harga bateri yang dikenakan juga tiada beza dengan harga yang boleh didapati di luar. Selain servis 24/7, ia juga meliputi seluruh semenanjung Malaysia.

Jadi itu sahaja untuk perkongsian kali ini, boleh support inisiatif Local Malaysia yang bernama Bateriku ni. Bukan sahaja bantu mereka, malah dapat bantu mudahkan diri anda sendiri juga.

Facebook : https://www.facebook.com/bateriku

Benda baik mesti support !


0 Comments

Leave a Reply

join-waqaf-asean-mall
%d bloggers like this: