Roti Aki roti paung tersedap abad ini

December 18, 2020 By:

Roti paung yang sangat popular di Negeri Terengganu merupakan sejenis roti yang tidak menggunakan bahan telur (eggless). NM dulu menetap di Terengganu selama lebih 17 tahun pun sangat menggemari Roti Paung (sebutan dia lain sikit pada penghujung). Di bangi, kita ada roti Paung Aki.

Cara nak buat dia pun agak mudah bagi NM, sekarang ni pun ada yang boleh guna BreadMaker je untuk menghasilkan roti paung yang gebu empuk dan sedapnya tak terhingga.

Di Selangor terutamanya, ada satu jenama roti paung yang sangat NM minati. Kedainya terletak di Sg Tangkas Bandar Baru Bangi, location boleh click sini GoogleMapRotiAki. NAMA tersebut adalah ROTI AKI atau pun ROTI AKI47. Dah kenapa ada 47 tu NM pun tak tahu, yang NM tahu sekarang ni ada orang yang nama Budak 46, mungkin sebab dia lebih up lagi slowmo dia dengan mood Harudang harudang. Mungkin.

Lokasi Google Maps

Roti aki ni NM kenal sejak 2017 lagi, time tu NM tolong menguruskan sebuah butik di Bandar Baru Bangi. Sejak dari situlah cinta rasa pertama yang membuatkan NM suka dengan roti Aki ni.

Roti Aki adalah kepunyaan bersama keluarga Tahir, siapa keluarga Tahir? siapa lagi kalau anda tak kenal, Mr Ragaman Malaysia Faizal Tahir dan juga adiknya seorang penyampai Radio Zayyan, Anas Tahir. Pun begitu, orang kuat dia yang sebenar-benarnya adalah adik perempuannya. Anas dan Adiknya itu lah yang selalu ada di Kedai untuk menguruskan hal ehwal bisness roti Paung ni.

Ini pendapat NM, Roti di kedai Roti Aki ni memang lain daripada yang lain. NM paling suka tekstur gebu dia. Hok Aloh! memang lembut gebu, nak carik carikkan pun senang je. Bukan setakat tekstur, rasa dia sangat WOW! . Masuk mulut macam cari gitu. Lagi-lagi masa dia baru keluar dari oven, hangat-hangat dia memang ONz lah.

Beli sewaktu hujan ni memang umpph!

Dia ada beberapa perisa setakat ni. Orignal(kosong), Kacang merah, Kaya, Coklat (ni febret lagi-lagi time roti masih panas), dan dua perisa baharu Sardin dan Sambal Bilis.

Bermula 18 Disember 2020, dia buka balik gerai dia di hadapan kedai dari Jam 3 petang sehingga 7 malam (kecuali stok habis). Ahad hingga Jumaat (Sabtu tutup).

Anas Tahir sedang mempromosikan Gerai Roti Aki di hadapan Bakeri Roti Aki

Jadi itu sahaja untuk posting kali ni. Kalau anda nak masih tak berpuas hati dengan racunan NM ni, boleh ke media sosial rasmi mereka di :
IG : ROTI AKI INSTAGRAM
FB : ROTI AKI FACEBOOK

Jom serbu!

Silap label tu, tp ini lah dia dengan wap haba dia masih panas panas

Layan waktu hujan dengan ditemani Kopi Wonda 2x Booster memang ada life !

Leave a Reply