Sebarang pertanyaan berkenaaan masalah Imigiresen kini boleh dibuat secara online melalui sistem pertanyaan online(SPO) imigiresen Malaysia

December 31, 2020 By:

Keadaan pandemik Covid19 yang tak tahu bila akan surut membuatkan cara hidup manusia kini berubah begitu drastik. Sesuatu yang mustahil boleh diadakan. Pelbagai inisiatif dan kaedah baharu yang telah dilakukan sepanjang tempoh ini oleh Kerajaan Malaysia dan juga seluruh Negara.

Antara perubahan baharu yang telah ditambah baik adalah sistem imigiresen. Umum tahu, keadaan Imigresen yang sentiasa sesak tidak mampu dielakkan lagi. Di Negara Singapura juga menghadapi perkara yang sama. Perbezaannya, negara Singapura keadaan fasiliti yang lebih baik dan hanya pada 1 Bangunan yang terletak di Lavender Rd. Pada hemat NM kemampuan Singapura dapat menangani masalah kesesakan ini juga berkaitan dengan kapasiti penduduk yang tidak seramai di Malaysia. Pun begitu, di setiap negeri di Malaysia mempunyai Jabatan Imigresen yang tersendiri. Itu satu hal yang berbeza.

Di sini NM nak ketengahkan satu sistem baharu dari Imigiresen yang diperkenalkan oleh mereka membuatkan NM kagum. Masalah untuk mendapatkan maklumat dari pihak imigiresen kini semakin mudah. Ini kerana sistem ini boleh dilakukan dimana sahaja anda berada melalui online.

Sistem yang diperkatakan ini adalah Sistem Pertanyaan Online (SPO) Imigiresen Malaysia. Link : http://eapp.imi.gov.my/tanya/create

NM pun pernah menggunakan kemudahan pertanyaan secara online ini. Tempoh jawapan dari persoalan yang NM utarakan dapat dijawab dalam masa 2 hari. NM berpuas hati dengan jawapan pegawainya yang agak sopan dan jelas.

Jadi buat mereka diluar sana, NM harap anda tidak kecam mereka yang bertugas. Seharusnya kita perlu hormat menghormati sesama kita. Masing-masing punyai hal dan masalah masing-masing. Lebih-lebih lagi dikala waktu Covid ni. Dahulu NM boleh dapat hubungi pihak imigresen melalui talian telefon dengan hanya dengan beberapa kali percubaan, namun kini ia jauh lebih sukar. NM faham keadaan mereka. Jadi kita ambil inisiatif kita sendiri dengan cara kita sendiri agar masing-masing tenang dan berpuas hati, masalah pun dapat diselesaikan. Mesti ada cara. Find your way!

Ini yang anda perlu isi :
1 ) Nama penuh anda
2 ) Alamat
3 ) EMAIL (INI PENTING UNTUK SEMAKAN DAN BALASAN EMAIL)
4 ) Pilih Kategori berkaitan
5 ) Tulis persoalan anda dengan jelas dan sopan santun. Ayat mesti elok-elok, biar orang baca tak sakit hati, anda pun malas nak layan orang tanya anda dengan kasar bukan? so fahami manusia punya hati.
6 ) SUBMIT dan tunggu jawapan dari mereka dengan sabar.

Jadi itu sahaja cara-cara yang NM rasa bagus untuk dikongsikan tentang sistem pertanyaan SPO yang telah diperkenalkan. Supaya kita semua dapat selesaikan masalah.

Kepada semua pegawai Imigiresen, keep it up! NM yakin anda semua sedang melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara!

Leave a Reply