Pusat Rawatan Al Idrus datang membantu Princemeed Youtubers (kesinambungan kisah gangguan misteri)

January 1, 2021 By:

[Spoiler alert] Sebelum ni NM ada posting artikel berkaitan dengam seorang youtubers terkenal di Malaysia bernama Princemeed memerlukan rawatan dan bantuan berkaitan tentang gangguan yang dialaminya setelah beliau membuka sebuah kotak yang dikatakan telah disihir dari luar negara (Mexico).

Masalah ini telah mendapat perhatian dari seorang ustaz shafiq dari Pusat Rawatan Idrus. Perwatakan beliau agak bersahaja dan tenang. Adakala NM lihat, lawak.

Video Part Rawatan Princemeed

Terdapat 3 part video di dalam channel youtube pusat rawatan idrus tersebut sewaktu proses rawatan dilakukan.

Part 1 di mana memaparkan episod perjalanan ustaz shafiq dan team ke rumah princemeed yang dikatakan berhantu tersebut.

Part 2 pula ketika ustaz bersama sama team berada di ruang tamu sedang duduk bersila. Di sinilah part dimana kerasukan dan komunikasi yang dikatakan jin yang tedapat di dalam rumah beliau berlaku.

Part 3 adalah setelah scene di mana ustaz dan team dalam perjalanan pulang.

Antara ketiga-tiga part ni NM suka untuk berkongsi pandangan tentang apa yang berlaku pada video di part 2 berdasarkan pengalaman dan pemerhatian NM. NM tak setuju untuk pembaca bersetuju dengan NM secara membuta tuli. Ia sekadar coretan yang mungkin boleh dijadikan sebagai buah pemikiran sebagai manusia biasa yang punyai pelbagai pandangan.

Scene di part 2 dimulakan dengan pengenalan serta muqaddimah kepada apa yang berlaku. Mengikut apa yang Ustaz Shafiq tu bagitahu, seolah beliau telah tahu tentang kewujudan keris warisan atok kepada Princemeed pada waktu dahulu yang dikatakan mempunyai penjaga kepada keturunan Princemeed tersebut. Malah dari segi perbualan awal, beberapa info telah diketahui terlebih dahulu. Antaranya asal usul pembelian dybbuk box oleh Princemeed.

Proses Rawatan Princemeed berlangsung (Seram)

Untuk menjadikan proses ini berlangsung, Ustaz shafiq telah offer sama ada princemeed atau krew dia yang akan dimasukkan jin tersebut untuk berkomunikasi. Dah tentu princemeed akan tolak untuk dia yang kena rasuk dan Ustaz pun seakan tidak yakin untuk dimasukkan ke dalam Princemeed (ya, memang ustaz ada offer, tapi dari body language boleh NM tak yakin dia akan masukkan ke dalam Princemeed).

Tak lama lepas tu krew ustaz tersebut seperti dimasuki sesuatu. Riak muka berubah. Sentiasa menggeleng gelengkan kepala, ada kala diangguk apabila ditanyakan soalan. Tapi tiada satu perkataan pun dari mulut dia keluar. Hanya reaksi tubuh. Kalau NM silap tolong perbetulkan. Boleh refer pada video tersebut di part 2.

Proses rawatan kepada Princemeed serta soal jawab pun berlaku. Pelbagai zikir dan selawat dibacakan. Adakalanya dengan irama(berlagu). Agak pelik, tapi kaedah rawatan masing masing selagi tidak melanggar syarak bagi NM, ia okay. Dalam zikir tersebut banyak puji pujian ke atas Rasullullah. NM rasa tenang bila mendengarnya.

Selepas beberapa isyarat dan persoalan berlaku, kita dapat tahu yang jin atau sesuatu tersebut ingin bertuankan princemeed kerana beliau telah akad apabila menerima kotak tersebut. Seram, ya.. NM memang pernah dengar  saka atau jin jagaan boleh dipindah apabila kita menerima sesuatu sama ada dalam sedar mahupun tidak(mimpi). Jadi untuk berhati hati, elakkan menerima sesuatu barang dari orang yang kita tidak kenal lagi lagi barang tersebut dalam keadaan yang mencurigakan. Sentiasa bergantung kepada kuasa Allah semata mata.

Selepas itu beliau meminta untuk Princemeed membaca ikrar pemutus yang bertujuan untuk batalkan segala perjanjian dengan jin tersebut. Kemudian jin tersebut keluar dan krew tersebut kembali seperti sediakala selepas muntah. Power.

Kemudian dipanggil yang kedua dan yang ketiga. Lebih kurang sama sahaja. Yang jin luar, tak boleh bercakap. Hanya yang saka sahaja yang boleh bercakap dalam keadaan teresak esak seperti sedang kecewa dan sedih. NM tersenyum 1 saat setengah.

Komen NM tentang Rawatan untuk Princemeed

Ia merupakan sesuatu pengalaman dan penyaksian yang baharu sepanjang NM hidup berkaitan dengan kerasukan. Even di darul syifa pun NM menyaksikan ia tak sesantai apa yang Ustaz ni buat. Ada satu video NM tengok, perubatan yang dilakukan hanya dengan melalui call. Canggih, memang canggih.

Sebut tentang gangguan, NM pun baru baru ni ada melihat satu video di Temerloh. Dimana gangguan  ketukan serta amukan berlaku di dalam rumah dua tingkat. Ustaz yang terlibat bernama Ustaz Amri. Tak ingat dari pusat rawatan mana. Mungkin lepas ni Ustaz Shafiq boleh bantu di sana pula.

Akhir kata, ingin NM tegaskan, ia sekadar pendapat peribadi dari NM yang jahil. Segala pendapat ini hanya bersandarkan pengalaman NM. Untuk pengetahuan, NM telah beberapa kali membantu dan menyaksikan dengan mata kepala sendiri secara live perubatan tradisonal seperti ini. Dan cara rawatan baru ini bagi NM merupakan sesuatu yang baru dan unik buat NM. Pun begitu, siapalah NM untuk menidakkan ilmu Allah yang luas. Cuma pesan NM kepada diri dan semua pembaca, elakkan tergolong dalam kekufuran, jauhi segala perkara perkara yang yang membinasakan tubuh badan. Segala apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini pasti akan disoal kelak.

Juga, elakkan lah beli benda benda macam ni waima untuk content youtube sekalipun. Buat Princemeed, teruskan rawatan dan dapatkan bantuan dari mereka yang sesuai.

Buat perawat perawat seluruh dunia, sama ada tradisional(alternatif) mahupun moden, terima kasih di atas jasa dan ilmu anda yang dapat menjadikan dunia ini lebih aman dan harmoni. Pesan NM, elakkan pembodohan kepada orang yang benar-benar memerlukan. Contoh, doktor bagi panadol buat mereka yang mempunyai kanser. Contoh…….

Buat brother Princemeed sekali lagi, hope you get well soon. Stay healthy luar dan dalam.

2 Replies to “Pusat Rawatan Al Idrus datang membantu Princemeed Youtubers (kesinambungan kisah gangguan misteri)”

  1. madrad says:

    Dulu sy pun pelik, cmna la boleh ruqyah n bercakap dgn jin dari video call atau call biasa..bolehkah benda online effect terus kpd kita melalui phone atau komputer..tp di youtube, banyak saja ayat2 ruqyah yang kita boleh tengok..dan sy ada pengalaman terus pasal video ruqyah di youtube, memang seram sebab sy pun ada gangguan dan selepas dengar ruqyah memang sy nampak kelibat..selagi tidak ada unsur syirik, saya sokong team PRAI

Leave a Reply