Rabithah ft Fitri Haris – Dalil Cinta
Kumpulan Rabithah bersama kolaborasi dengan Bekas Kumpulan nasyid UNIC sebelum ini Fitri Haris, telah menghasilkan buah tangan terbaharu yang diberi judul Dalil Cinta.
Di bawah naungan Tarbiah Sentap, sebelum ini Kumpulan Rabithah telah menghasilkan beberapa buah lagu yang best best. Antara lagu yang paling NM gemari adalah Jalan Keluar. Boleh search di Youtube atau Spotify.
Lagu ini berkisarkan tentang ujian atau kecaman yang dilanda seseorang itu janganlah kita mudah untuk berputus asa. Kadangkala ujian itulah yang bakal mematangkan kita. Kerana setiap ujian itu kalau kita sentiasa lihat pada hikmahnya, pasti akan mendekatkan lagi diri kita kepada sang pencipta.
NM rasa bait-bait liriknya juga cukup indah. Sangat mudah untuk difahami dan diterima oleh masyarakat. Kena pula dengan keadaan sekarang yang penuh dengan dugaan, yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Yakinlah, pasti ada sinar di terowong yang gelap kini.
Yang pasti suara high tone Fitri haris di dalam lagu dalil cinta ini memang tersangatlah ngam sekali dengan kumpulan rabithah. Paduan suara yang bombastik!
Jadi NM tempel sekali lirik lagu Dalil Cinta ini untuk tatapan kita, boleh juga kalau rasa-rasa nak karoke. Tak salah kan?
Ke hadapan diriku
Di hari kemudian
Apa khabar dirimu?
Tertanya ku bagaimana
Apakah kau berduka
Hadapi hari itu?
Masihkah ingat dahulu
Duka sama pernah dirasa?
Saat itu kau berjaya mengharungi
Walaupun ribuan luka terhiris
Setelah perjuangan itu kau masih berdiri
Hinggalah ke saat ini
Yakin padaku! Ini dalil cinta. Tuhan kepadamu
Kerana luar biasa martabatmu
Lihatlah bagaimana bicara-Nya
Ini agar kau belajar cintai-Nya
Biar tidak terkira
Rungutan batinmu itu
Namun masih tidak terkira
Belas kasih-Nya untukmu
Kadang mudah menuding jari pada yang lain
Agar kau keluar dari bebanan itu
Dan sekali lagi beban itu tak beralih
Hingga menghantuimu lagi
Yakin padaku! Kau kan lelah mengejar sangkaan manusia
Tak tergapai hasrat setiap mereka
Tapi selangkah kau mengejar cinta-Nya
Seribu langkah kau kan didekati-Nya
Tak salah mengenang kisah silam
Saat jatuh bangunmu dulu
Kadang atur takdir-Nya sukar dibaca
Hingga wujud dirimu jua dalil cinta-Nya
Yakin padaku! Ini dalil cinta tuhan kepadamu
Kerana luar biasa martabatmu
Lihatlah bagaimana bicara-Nya ini
Agar kau belajar cintai-Nya
Yakin padaku! Kau kan lelah mengejar sangkaan manusia
Tak tergapai hasrat setiap mereka
Tapi selangkah kau mengejar cinta-Nya
Seribu langkah kau kan didekati-Nya
Kumpulan inteam pernah juga cubaan comeback dengan lagu Setanggi Syurga 2020. I’m in love with nasyid music lah~!
One Reply to “Rabithah ft Fitri Haris – Dalil Cinta”