Memohon Kebenaran operasi sepanjang PKP di bawah seliaan MITI

January 12, 2021 By:

Ketika pengumuman bahawa PKP akan dilaksanakan bermula 13 Januari 2021, pihak MITI telah mengeluarkan satu SOP dan syarat-syarat bagi 5 SEKTOR terlibat yang dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP ini. Baca seterusnya untuk mengetahui cara bagi memohon kebenaran di bawah MITI dalam tempoh pkp ini.

5 Sektor yang dimaksudkan itu adalah

  1. Pengilangan dan pembuatan
  2. Pembinaan
  3. Perkhidmatan
  4. Perdagangan pengedaran
  5. Perladangan dan komoditi

Senarai penuh boleh download di : DOWNLOAD LIST 5 SEKTOR (RAPIDGATOR)

Contoh surat kebenaran operasi dari MITI yang NM mohon dan lulus

Permohonan boleh dilakukan secara online. Dan terdapat 2 kategori pemohon.

Yang pertama adalah mereka yang telahpun berdaftar di bawah MITI sebelum ini melalui portal https://notification.miti.gov.my/home (CIMS).

Yang Kedua adalah pemohon baharu yang ingin berdaftar di bawah MITI.

Advertisement

Layari Portal Rasmi MITI untuk memohon kebenaran dalam Tempoh PKP 

  1. Anda dikehendaki untuk melayari portal rasmi MITI di https://notification.miti.gov.my/register bagi tujuan pendaftaran.
  2. Isikan butiran yang diperlukan. Pastikan semuanya betul dan tidak tersilap.
  3. Pendaftaran memerlukan verification di atas Email anda.
  4. Selepas tekan link verify di email, anda kini boleh login ke sesawang CIMS tersebut.

Seterusnya…

Isi maklumat syarikat dan person incharge syarikat anda. Baca segala SOP dan ketetapan yang telah dibuat oleh pihak MITI. Anda juga dikehendaki untuk mengisi butiran senarai pekerja melalui borang yang disediakan. Boleh download melalui link di bawah.

Link Makluman Media MITI

File Download : Borang Senarai Pekerja

SOP 12 Jan 2021 : https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp-pemulihan/

Tempoh Kelulusan?

NM tak boleh bagi ketepatan kelulusan dari MITI. Mungkin sewaktu NM memohon kebenaran beroperasi pada ketika itu jumlah permohonan bagi kebenaran beroperasi dari MITI tidak begitu banyak.

Apa yang NM boleh kongsikan adalah permohonan NM telah diterima dalam tempoh sejam sahaja!

Frontliner kita yang hebat-hebat di Roadblock juga akan membenarkan perjalanan buat masa ini. Cuma usahlah kita mengambil kesempatan di atas kelonggaran yang diberikan kerajaan buat masa ini. Sama-samalah kita jaga kita.

Akhir kata,

Semoga kita dapat harungi sekali lagi PKP yang akan dijalankan di Malaysia bermula 13 Januari 2021 ini dan dijangka tamat pada 4 Febuari 2021.

Selain itu, bagi majikan yang terkesan pengurangan jualan sebanyak 30% berbanding sebelum waktu PKP, anda boleh memohon SUBSIDI UPAH 3.0 yang telah disediakan oleh Kerajaan bagi membantu sedikit sebanyak majikan dalam pembayaran gaji ketika dalam tempoh PKP ini.

2 Replies to “Memohon Kebenaran operasi sepanjang PKP di bawah seliaan MITI”

Leave a Reply