Memohon Kebenaran operasi sepanjang PKP di bawah seliaan MITI

Published by Nenasmadu.com on

Ketika pengumuman bahawa PKP akan dilaksanakan bermula 13 Januari 2021, pihak MITI telah mengeluarkan satu SOP dan syarat-syarat bagi 5 sektor terlibat yang dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP ini.

Permohonan boleh dilakukan secara Online. Dan terdapat 2 kategori pemohon. Yang pertama adalah mereka yang telahpun berdaftar di bawah MITI sebelum ini melalui portal https://notification.miti.gov.my/home (CIMS). Yang Kedua adalah pemohon baharu yang ingin berdaftar di bawah MITI.

Pertama, anda dikehendaki untuk melayari portal rasmi MITI di https://notification.miti.gov.my/register bagi tujuan pendaftaran. Isikan butiran yang diperlukan. Pastikan semuanya betul dan tidak tersilap. Pendaftaran memerlukan verification di atas Email anda. Selepas tekan link verify di email, anda kini boleh login ke sesawang CIMS tersebut.

Isi maklumat syarikat dan person incharge syarikat anda. Baca segala SOP dan ketetapan yang telah dibuat oleh pihak MITI. Anda juga dikehendaki untuk mengisi butiran senarai pekerja melalui borang yang disediakan. Boleh download melalui link di bawah.

Link Makluman Media MITI

File Download : Borang Pekerja

SOP 12 Jan 2021 : https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp-pemulihan/

Semoga kita dapat harungi sekali lagi PKP yang akan dijalankan di Malaysia bermula 13 Januari 2021 ini.


0 Comments

Leave a Reply

join-waqaf-asean-mall
%d bloggers like this: