Kad debit Bank ditelan mesin ATM lagi

Published by Nenasmadu.com on

Mungkin ramai yang belum tahu cara cara yabg perlu dilakukan apabila kad debit bank anda ditelan oleh mesin atm. Pengalaman kad debit bank ditelan oleh mesin atm boleh dikatakan sudah menjadi norma baharu untuk setiap orang. Pengalaman ini bukanlah pengalaman yang menyeronokkkan, lebih lagi ketika kita di saat yang memerlukan. Tambahan pula kad bank ditelan oleh mesin atm dikala dompet pun sudah tidak lagi mempunyai helaian tunai untuk digunakan.

PENGALAMAN KENA KAD DEBIT BANK DITELAN

NM juga tak terkecuali, sepanjang penggunaan perkhidmatan Bank, NM telah mempunyai pengalaman ditelan sebanyak 2 kali. Kedua-dua di mesin yang sama. Pun begitu, NM lihat ia banyak memberi info dan memberi pengalaman yang berharga untuk dikongsi bersama.

Mesin ATM (si pelaku) menelan kad debit

Untuk pengalaman NM ini, akan berkisarkan kisah kad debit bank ditelan oleh mesin atm dari Bank CIMB.

Benda ini boleh selesai dengan mudah jika kita terus berurusan dengan Pegawai Bank yang berada disitu. Kita boleh terus minta dia ambil dari mesin ATM yang terbabit. Tetapi, kalau bank dah sekat akses penggunaan kad debit, kita perlu membuat sedikit usaha bagi menyelesaikan masalah.

Langkah diambil

Bila kad dah di sekat oleh pihak bank, NM terpaksa ke kaunter bank cawangan berhampiran. Pegawai bank akan minta KAD PENGENALAN bagi tujuan verikasi. Pihak bank mempunyai sistem thumb print scan mykad. Oleh itu anda perlu bawa ibu jari anda sekali ke bank tersebut. Selain itu borang akan diberi untuk anda isi segala macam detail termasuk waktu kad anda ditelan (card retention).

Bagi mereka yang bukan warganegara (foreigner), mereka akan minta beberapa detail / dokumen tambahan. Ini kerana sistem MYKad tidak dapat diaplikasi dalam sistem bank mereka. Pihak bank perlukan Passport Asal dan Salinan, Utility Bill (kalau rumah sewaan pun tak apa janji sama dalam sistem pendaftaran ketika waktu anda buka akaun bank), dan juga Lesen memandu serta salinan (ni NM tak sure kenapa diperlukan, lupa nak tanya).

Jadi ringkasannya adalah, jika anda seorang warganegara, anda hanya perlu bawa kad pengenalan dan juga ibu jari anda. Manakala bagi bukan warganegara, anda perlu bawa passport, bil utility dan juga lesen memandu.”

Selepas itu, borang yang anda isi tadi anda perlu tandatangan. Proses penyiapan kad baharu hanya mengambil masa dalam 2 minit sahaja.

Kad baharu anda perlu di aktifkan di mesin atm berhampiran dengan menggunakan PIN KOD sementara yang akan diperolehi dari pihak bank. Anda juga perlu tukar ke PIN KOD baharu dalam masa 24 jam.

Di mesin ATM juga anda boleh setting CIMBCLICKS untuk memudahkan urusan online. Cari setting adalah anda pergi ke “perkhidmatan lain” > CIMB CLICKS. Sistem akan minta anda masukkan no telefon OTP yang akan digunakan. Pastikan nombor yang dimasukkan adalah betul.

Itu sahaja perkongsian NM tentang kisah kad debit bank ditelan mesin atm.

NM akan keluarkan satu lagi artikel berkaitan pendaftaran kad dalam cimbclicks secara online di artikel seterusnya.

Teringin nak buat bubbletea homemade pula sewaktu pkp 2.0 ni.


0 Comments

Leave a Reply

join-waqaf-asean-mall
%d bloggers like this: