Kisah Khairulaming dan Sambal Nyet nya

January 19, 2021 By:

“Hey whatsup guyss….”

Khairulaming bukanlah suatu kisah yang asing lagi buat rakyat malaysia. Pernah suatu ketika dahulu populariti beliau meletup dengan 30 hari resepi di waktu bulan Ramadhan, hampir setiap hari peminatnya akan menanti posting terbaharu di instagram beliau. Kini beliau muncul dengan produk baharu yang dinamakan sambalnyet.

Yang lebih memeranjatkan, jualan sebanyak 100 ribu botol telah berjaya dibuat dalam masa 38 minit sahaja tuan puan. Bila terjadi seperi ini, akan berlakulah masalah bagus (good problem) yang perlu diselesaikan.

Terkini, apabila sambal nyet nya terlalu banyak order diterima, sudah pasti akan berlaku kekurangan. Tidak kira dari segi rasa mahupun kualiti.

Pun begitu, NM pasti ramai yang bersetuju insan yang bernama khairulaming ini bukan seorang yang pentingkan keuntungan over kualiti.

Terbaharu di Instagramnya, beliau terpaksa menutup ruangan order baru bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Pengumuman penutupan penjualan baharu
Masalah yang perlu diselesaikan khairulaming
Permohonan maaf atas kekurangan produk dihasilkan
Punca dihentikan jualan

Jadi NM pasti, ramai lagi yang ingin merasakan sendiri sambal nyet dari khairulaming ini.

Diharap pemberhentian penjualan ini adalah bersifat sementara sahaja. NM pun belum dapat lagi berpeluang untuk rasai sendiri sambal nyet ini.

Leave a Reply