Tuah Cafe (western food) di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

January 21, 2021 By:

tuah cafe di seksyen 7 bandar baru bangi
Keadaan Restoran Sebelum PKP

Tuah Cafe di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi bukan lagi sesuatu restoran yang asing lagi. Diperkenalkan ketika tahun 2014, lokasinya yang berhampiran dengan pasar malam seksyen 7 membawa menu western food yang menarik yang boleh dicuba oleh peminatnya!

Kalau anda adalah seorang WESTERN FOOD LOVER, anda wajib pergi dan rasa sendiri di Tuah Cafe.

NM tak terkecuali, boleh dikatakan selalu juga NM melantak di resotran yang terletak di Bangi ini.

Cuma bezanya kali ini, NM order melalui Foodpanda. Order kali ini pula adalah untuk makan tengah hari. Apa yang NM order adalah Nasi Ayam Butter (RM15) dan Cappucino (RM 5).

Cappuccino di Tuah Cafe sungguh freshing

Sejujurnya sepanjang NM menikmati juadah di sini, tak pernah sesekali pun mengecewakan. NM kagum dengan kemampuan mereka mengekalkan rasa dan kesedapannya sepanjang masa.

Dan kali ini Tuah Cafe menyentuh hati NM lagi. Bukan sahaja dengan sajian makanan western food yang dibungkus dengan teliti, malah inisiatif meletakkan kad penghargaan pada bungkusan makanan membuatkan NM rasa dihargai.

Nota penghargaan dari pengurus outlet Bandar Baru Bangi Seksyen 7

Tuah Cafe di terjah Selebriti antara Restoran Western Food pilihan

Selain itu Tuah Cafe juga telah dilawati oleh rancangan tv3 popular Jalan-Jalan cari Makan sebelum ini. Rancangan makan-makan yang di hostkan oleh Abg Naz telah direkodkan pada bulan September 2019.

Advertisement




Berikut adalah video-video yang boleh didapati di Youtube Channel.

Berselera sungguh !

Vitdaily juga tidak terkecuali untuk merasai sendiri menu yang terdapat di Tuah Cafe. Padu Beb!

Borak Kopitiam juga datang menjengah.

Itu sahaja dari NM, buat penggemar makanan Western Food, dipersilakan untuk rasai sendiri menu-menu yang tedapat di Tuah Cafe ini.

Facebook : Tuah Cafe Official

2 Replies to “Tuah Cafe (western food) di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi”

Leave a Reply