Kebaikan Aplikasi Setel Petronas
Pada post kali ini NM akan berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi Setel di Petronas. Ini apa yang NM rasa boleh cerita tentang kelebihan guna setel di Petronas.
Kelebihan Setel
1. Lebih pantas
Dalam perjalanan ke tempat kerja di setiap pagi, antara tempat yang seringkali akan menjadi persinggahan adalah stesen minyak.
Dengan Setel, anda dah tak perlu bakar lemak untuk turun dan membuat pembayaran ke kaunter. Segalanya di hujung jari. Kalau nak tips turun berat badan boleh baca artikel sebelum ini.
Hanya perlu tahu nombor pam dan juga amount yang hendak diisi.
Boleh juga letak “full tank” kepada yang inginkan isi tangki secara penuh.
2. Intergrated dengan Kad Mesra
Kalau anda adalah pengguna setia minyak dari stesen minyak Petronas, sudah pasti anda akan punyai sekurang kurangnya sekepinh kad MESRA.
Dengan apps setel, dah tak perlu nak swipe lagi dah. Apps setel ini menerima sokongan kad mesra secara digital.
3. Update harga minyak semasa
Ia membantu anda untuk ketahui harga minyak semasa di Petronas.
Caranya dengan cek di dalam inbox untuk dapatkan harga semasa yang berubah pada setiap minggu.
4. User friendly
Bagi NM, aplikasi ini sangat friendly user. Sesiapa sahaja boleh digunakan.
Berbanding pada awal diperkenalkan, ia agak sukar untuk navigate. Tetapi kini apps setel ini terus update bagi keselesaan pengguna.
5. Challenge yang menarik
Terdapat ganjaran yang berbaloi yang akan diberikan kepada pengguna Petronas bagi menyelesaikan challenge yang boleh didapati di dalam aplikasi setel ini.
Jika perkenalkan pada rakan, anda boleh menikmati RM5 bagi setiap rakan anda yang menggunakan refferer anda.
Bukan scam sebab NM dah terima full achievement dah pun.
MACAM MANA NAK DAPATKAN APLIKASI SETEL PETRONAS?
Mudah sahaja, anda boleh dapatkan di google play atau apps store.
Buat carian “setel”.
Nak lagi mudah tekan ni DOWNLOAD SETEL
Info lanjut portal rasmi : https://www.setel.my/