Konspirasi Black Parade Malaysia

January 24, 2021 By:

Bab konspirasi memang tak asing lagi dalam kalangan masyarakat malaysia, terkini tular di laman sosial tentang satu konspirasi yang didakwa tersebar di Dark Web yang dinamakan Black Parade Malaysia.

Sebelum NM pergi lebih lanjut tentang konspirasi yang dinamakan Black Parade Malaysia ni, NM sarankan buat mereka yang tak gemar akan perkara seperti ini, tidak perlu teruskan pembacaan supaya hati senang jiwa tenteram.

Plot siap bertarikh yang telah tersebar tentang Black Parade Malaysia (Konspirasi Teori) di media sosial

(Januari 25)
Malaysia and Asia Country Lockdownsemua perniagaan ditutup, pekerjaan diberhentikan.

(12 Feb)
Laluan bagi Vaksin dihantar ke seluruh Dunia*spread out

(18Mac)
Covid21UK menular dengan lebih serius dan reaksi kritikal (mengerikan) kesan vaksin yang diambil

(7April)
lambakan pesakit Covid19 Pro dan Covid21UK. Hospital penuh. (tidak dapat menampung)

(11May)
Kerajaan membuka semula ekonomi dan menyusun atur Gaji minimum yang baru. Pengecualian pinjaman

(19Jun)
bekalan dan penawaran barangan terhad. logistik dikawal sepenuhnya oleh ketenteraan. membina pos pemeriksaan tentera disetiap bandar.

(7July)
rusuhan berlaku. kerajaan kini dibawah Duli Yang Maha Mulia Agong. Vaksin covid21 diperkembangkan.

(11 Ogos)
Pembentukan Kerajaan Campuran Vaksin Covid-19 diperkasakan sepenuhnya

(3 September)
segala pinjaman dan hutang dibatal,sekiranya rakyat menerimanya Vaksin penuh.penyerahan harta kepada kerajaan

(10 Oktober)
Pengenalan passport Covid19. hanya yang menerima vaksin akan dibenarkan keluar.

(11 November)
Rakyat hidup dengan Virus Covid19 dan Covid21UK

(25 Disember)

Cip digital thru body dibawa masuk oleh Sweden untuk diperkenalkan kepada Dunia.

Sebaran di Facebook oleh MQF CHANNEL
dikatakan leaked di Dark Web

Nama pun konspirasi atau teori. Have fun guys. Kita hanya mengkaji dan menganalisa tentang sesuatu. Jangan terlebih taksub juga.

KANDUNGAN BLACK PARADE MALAYSIA (KONSPIRASI)

Apa yang terdapat intipati dalam “leaked” tersebut adalah bagaimana di pengakhirnya dunia akan diperintah oleh satu tangan ghaib yang dinamakan New World Order(NWO).

NWO ini adalah pertubuhan yang sering dikatakan sebagai pertubuhan yang inginkan penguasaan penuh. Selain ia seringdikaitkan dengan golongan illuminati.

Ini semua illuminati gais“- Princemeed.

Konspirasi yang tersebar ini berlaku sejak Disember 2020, iaitu sebelum berlakunya pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan pada 11 Januari lalu.

Teks ucapan PM 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin : https://www.pmo.gov.my/2021/01/perutusan-khas-pelaksanaan-perintah-kawalan-pergerakan-11-januari-2021/

Pengumuman ini menjurus kepada ketepatan oleh yang telah disebarkan dalam plot konspirsai black parade Malaysia yang dinyatakan di atas.

Surat Eurocham Malaysia itu juga menyarankan syarikat menugaskan sekurang-kurangnya seorang wakil sumber manusia untuk menguruskan dan mengawal selia pekerja asing atau pekerja yang tinggal di asrama penginapan disediakan majikan.

Dikuatkan lagi dengan kenyataan pada 24 Januari 2021 oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Lokman Hakim ketika mesyuarat bersama Eurocham tentang kemungkinan untuk penutupan (FULL LOCKDOWN) dengan saranan KKM sekiranya penyebaran wabak Covid 19 tak dapat dibendung sehingga 4 Febuari 2021

Ia hampir tepat dengan konspirasi awal yang tersebar di Dark Web tentang Black Parade Malaysia.

Walaubagaimanapun, NM harap ia hanyalah suatu kebetulan dan hanya berdasarkan kajian analisa semata-mata, dan tidak terlibat sebarang campur tangan tangan-tangan ghaib yang merancang plot seperti yang didakwa.

Nak tahu betul atau tidak konspirasi black parade malaysia seperti di atas, kita tunggu dan lihat.

Sentiasa peka dan buka mata untuk memastikan kita sedar akan perkara yang berlaku disekeliling.

Kalau tanya bapak NM, lagi-lagi tentang konspirasi yang melibatkan akhir zaman, dia akan jawab mudah :

Buat apa kita nak sibuk sampai tak tidur malam pikir pasal akhir zaman, perbetulkan diri sendiri kan lebih baik, semua pun dah dinyatakan dalam Quran dan Hadis“. – Bapak NM

Okay…. TQ bapak!

Teruskan bacaan : Memohon Kebenaran operasi sepanjang PKP di bawah seliaan MITI

One Reply to “Konspirasi Black Parade Malaysia”

Leave a Reply