Pengalaman Swab Test di Dewan Komuniti Kajang Utama

January 25, 2021 By:

Menjadi contact rapat di waktu penularan Covid19 ini bukanlah sesuatu yang asing lagi. NM sendiri telah merasai pengalaman di swab test PCR Nasal apabila dipanggil untuk menjalani ujian saringan tersebut di dewan komuniti kajang utama.

NM sedikit pun tidak menyalahkan individu yang menjadi contact rapat NM.

Bagi NM, kita telah usaha untuk kita jaga kita sebaiknya.

Berbalik pada pengalaman swab test tersebut, NM merupakan salah seorang contact rapat pesakit positif covid 19 pada 5 haribulan Januari 2021.

Selepas memberi detail apabila contact rapat tersebut disahkan positif pada 10 haribulan Januari 2021, seperti nama penuh, alamat, kad pengenalan, dan juga tarikh berlaku contact rapat.

KKM kemudian menghubungi NM pada 15 haribulan. Lebih kurang 5 hari selepas penyerahan detail.

Kita faham akan keadaan mereka yang terlalu overload.

Di dewan komuniti kajang menjalani swab test. Pengalaman menjadi kenangan.

NM di minta untuk hadir pada jam 8 pagi di sana. NM tiba 30minit lebih awal.

Setiba di sana, terdapat khemah yang dipasang dan dibawahnya disediakan kerusi-kerusi yang disusun memanjang.

Terdapat 4 line. Dan salah satunya adalah untuk warga tua, ibu mengandung, kanak kanak dan OKU.

8.30 kaunter di buka, dan pegawai kkm ditugaskan panggil satu persatu mengikut line yang disediakan.

Untuk NM, NM tidak mengalami sebarang gejala berkaitan dengan Covid19. Gejala yang dimaksudkan anda boleh refer pada Gejala Covid 19 yang anda perlu tahu!

Oh ya mmg ramai!

Keadaan jam 8.30 pagi
Tu di bak ang, penuh belakang tu siap berdiri, jam 9.15pagi

Akhirnya tiba giliran NM pada jam 10.30 pagi. Lebih kurang 2 jam untuk tiba di kaunter pendaftaran.

Di kaunter pendaftaran akan diberikan satu borang untuk diisi. Pegawai tersebut akan tandakan kawasan yang perlu isi.

No, jangan ikut, isi juga pada maklumat yang anda rasa paling penting KKM nak tahu, seperti nama sendiri, no kad pengenalan, alamat… ((NM pun tak ingat segala detail))..

Serahkan pada kaunter ke-2, anda akan diberikan nombor.

Sewaktu NM melakukan pemeriksaan disitu, pegawai tu tak ikut pun nombor turutan, barangkali terlalu ramai.

Agak agak dah lama sikit, boleh terus ke tanya pegawai yang jaga pintu masuk dewan tersebut.

Swab test akan dijalankan di dalam Dewan Komuniti Kajang Utama.

Ada lebih kurang 10 orang pegawai kkm yang akan melakukan saringan swab test tersebut.

Jadi ia perlu dilakukan agak pantas, dan of cos sedikit menyakitkan.

Untuk ujian PCR ini, 2 akan dilakukan di bahagian tekak dan juga nostril (saluran pernafasan).

Image from : Wallstreetjournal.com

Apakah perbezaan antara Nasal Swab Test dengan Antigen Swab Test?

PCR test. Also called a molecular test, this COVID-19 test detects genetic material of the virus using a lab technique called polymerase chain reaction (PCR). A fluid sample is collected by inserting a long nasal swab (nasopharyngeal swab) into your nostril and taking fluid from the back of your nose or by using a shorter nasal swab (mid-turbinate swab) to get a sample. In some cases, a long swab is inserted into the back of your throat (oropharyngeal swab), or you may spit into a tube to produce a saliva sample. Results may be available in minutes if analyzed onsite or a few days — or longer in locations with test processing delays — if sent to an outside lab. PCR tests are very accurate when properly performed by a health care professional, but the rapid test can miss some cases.

Antigen test. This COVID-19 test detects certain proteins in the virus. Using a long nasal swab to get a fluid sample, some antigen tests can produce results in minutes. Others may be sent to a lab for analysis. A positive antigen test result is considered accurate when instructions are carefully followed, but there’s an increased chance of false-negative results — meaning it’s possible to be infected with the virus but have a negative result. Depending on the situation, the doctor may recommend a PCR test to confirm a negative antigen test result.

from : https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/covid-19-diagnostic-test/about/pac-20488900

Borang kedua perlu diisi, borang ini sebagai surat pengawasan kuarantin. Akan dinyatakan tempoh kuarantin.

Tempoh kuarantin juga bergantung pada pegawai yang akan interview di kaunter terakhir.

CONTOH Surat pengawasan (kuarantin) KKM

Untuk keputusan, pada 23 haribulan Januari 2021, NM telah menerima whatsapp dari pihak KKM seperti di bawah.

Whatsapp dari KKM / PKD

Alhamdulillah, negatif.

Jadi itulah pengalaman NM melakukan swab test di Kajang. Kepada sesiapa yang sedang dipanggil untuk menjalani saringan ini, usah risau, anda akan dilayan dengan baik. Semoga tiada lagi ulangan untuk menjalani swab test PSR nasal ini diwaktu akan datang.

#Respect frontliner.

Untuk ketahui usaha yang boleh dilakukan bagi pencegahan, boleh ke posting NM sebelum ini di Cara Pencegahan Covid19 Yang Boleh Dilakukan!

Leave a Reply