Macam mana nak mohon kad bank hilang atau rosak

January 30, 2021 By:

Ada masalah kad kena retained? kad rosak? Tak pernah tahu macam mana nak replace kad bank anda?. Actually benda ni agak simple, tapi kadang kita tak tahu cara kita buat tu betul ke tak.

Apa perlu buat jika kad bank anda didapati hilang atau rosak dan perlu untuk di?

Apa-apa pun sejurus anda sedar akan hilang / rosak / tercicir or whatsover, anda kena pastikan segala harta anda dalam bank tersebut terselamat.

Maybank
1. Call Centre (1-300-88-6688). Maklum pada customer service untuk batalkan kad anda.
2. Login Maybank2U dengan kadar segera. (Settings > Manage Cards > Cards – Replace / Block > Block Card

CIMB
1. Call Centre (+603-6204 7788). Maklum pada customer service untuk batalkan kad anda.

BANK ISLAM
1. Call Centre (+603-26900900). Bercakap dengan khidmat pelanggan bagi membatalkan kad anda.

PUBLIC BANK
1. Call Centre untuk lapor kehilangan dan batalkan kad 603-2179 5000 untuk Kad ATM dan 603-2176 8555 untuk kad Visa/Mastercard. 24 Jam servis.

Advertisement




Mohon Kad Bank rosak atau hilang di Cawangan Bank berhampiran

Setiap bank akan memerlukan dokumen yang sama sahaja, iaitu Kad Pengenalan dan Ibu jari anda. Tetapi bagi bukan warganegara, anda memerlukan passport serta salinan. Selain itu bukan warganegara juga perlukan visa yang sah seperti visa belajar / visa bekerja sahaja. Bagi Visa Spouse(Pasangan), anda tidak akan boleh mendapatkan perkhidmatan bank tersebut. Mungkin ia salah satu cara pencegahan dari berlaku penipuan scam seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Anda juga mungkin akan diminta bil utilities walaupun rumah sewa. Pastikan bil tersebut sama dengan alamat yang berdaftar dengan pihak bank sebelum ini.

Itu antara prosedur yang NM tahu dan telah pun berurusan. Pun begitu, NM tak pasti jika terdapat polisi baharu dari pihak bank yang anda perlu buat sebelum berurusan.

Caj Denda kehilangan Kad

Denda yang dikenakan kepada pengguna disebabkan kad bank yang hilang / rosak / tercicir adalah RM 12 bagi penggantian pertama.

Kisah sebelum ni kad NM kena telan : https://nenasmadu.com/2021/01/13/kad-bank-ditelan-mesin-atm-macam-mana-nak-buat-kad-baharu-termasuk-untuk-foreigner/

Leave a Reply