Mohon MyKid JPN secara online [Portal Rasmi JPN]

January 30, 2021 By:

Sebelum ni NM ada kongsi cara untuk buat pendaftaran Mykid dan prosesnya. Di mana perlu dilakukan secara fizikal di kaunter cawangan JPN. Kini segalanya telah boleh di mohon secara online. Namun begitu, pemohon masih perlu hadir dengan membawa dokumen ke pendaftar JPN.

Pun begitu, proses dia memerlukan sedikit pengetahuan tentang online.

Link terdahulu : https://nenasmadu.com/2020/10/02/proses-pendaftaran-mykid-kelahiran-baru-anak-di-jpn-jabatan-pendaftaran-negara/

Caranya mudah, anda hanya perlu ke portal pendaftaran rasmi JPN di : https://osdftrlhr.jpn.gov.my/

Atau scan QR Code di bawah.

Syarat-syarat untuk mohon Mykid secara online bagi pendaftaran JPN.

  1. Perlu mohon dalam tempoh 30 hari (Semenanjung) dan 7 Hari (Sabah & Sarawak) dari tempoh kelahiran anak, termasuk hari cuti umum.
  2. Perlu hadir di hadapan pendaftar untuk pengesahan. 60 hari untuk Semenanjung manakala 14 hari untuk Sabah dan Sarawak.
  3. Ibu kepada bayi tersebuk hendaklah merupakan WARGANEGERA/ PEMASTAUTIN TETAP / PEMASTAUTIN sementara, yang memiliki kad pengenalaan Mykad/MyPr/Mykas sahaja.
  4. Hanya kepada mereka yang lahir di Hospital/Klinik itegrasi yang terpilih sahaja.
  5. INI PENTING, jika Anak Kembar tidak boleh dilakukan secara ONLINE !
  6. Bawa dokumen asal dan salinan bagi yang berikut (Borang JPN LM01 [DOWNLOAD], Borang Pengesahan bersalin dari Hospital, MyKad/MyPr/MyKas atau Passport bagi bukan warganegara, Sijil perkahwinan(jika ada), dan buku rawatan pranatal (Buku Pink).
Rasmi di portal JPN

Sebelum anda mohon mykid anak anda di portal jpn secara online yang diberikan tadi https://osdftrlhr.jpn.gov.my/, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Tekan pada bulatan merah untuk mendaftar

Anda perlu masukkan butiran pemohon seperti :

  1. No Mykad / Kad Pengenalan
  2. Nama penuh Pemohon
  3. No telefon
  4. Email (email untuk dafatar tidak boleh gunakan yahoo ya, NM pun tak pasti mengapa)
  5. Dan masukkan kod varifikasi yang terpampar dalam kotak keselamatan.

Submit dan akan terima notifikasi seperti ini.

Notifikasi berjaya daftar

Login ke email anda, kemudian tekan dalam bulatan merah seperti di bawah bagi pengesahan pendaftaran. Ya NM tahu ia agak leceh sikit proses untuk mohon Mykid secara online di Portal JPN seperti ini. Tapi itu optional, anda masih boleh buat secara fizikal di cawangan-cawangan JPN berhampiran ya setakat hari ini.

dah berjaya mohon jpn online mykid
Tekan untuk pengesahan pendaftaran.

Kembali ke portal tadi, kemudian pilih “Log Masuk”. Dan Pilih “Password”.

Di situ anda perlu masukkan butiran pemohon dengan tepat. Kalau silap, sistem akan rejek permohonan Mykid anak anda. Apa-pun lepas ni kalau nak mohon mykid dah tak perlu ke JPN. Boleh dilakukan secara onlie sahaja.

Semoga dapat membantu !

Leave a Reply