Premium Coffee by Celcius coffee

January 31, 2021 By:

Kali ini NM akan buat lagi satu review tentang minuman kegemaran NM yang paling berhantu yakni produk minuman coffee ! Untuk produk kali ni, NM berkesempatan untuk merasai satu produk coffee premium yang dinamakan Celcius Coffee yang dihasilkan secara handmade setiap hari.

Bagi peminat kopi ataupun coffee lover, ini merupakan posting untuk anda!

Lelehan peluh sejuk dia tu buat angau (Kanan Classic Latte & Kiri Caramel Latte)

Buat masa ini, untuk produk keluaran dari celcius coffee company ini hanya mengeluarkan dua jenis versi. Yang pertama adalah Classic Coffee, dan yang satu lagi adalah caramel coffee.

NM order pada sebelah pagi, petang dia dah hantar. Delivery by hand okay!

Sesuai dengan trademark dia, “Handcrafted & HandDelivered“.

Boleh sampai depan pintu rumah, walaupun rumah NM sejenis rumah sarang burung. Gigih dia panjat.

Apa itu Latte?

Sejujurnya NM bukanlah peminat latte, ini kerana rasa susu yang lebih kuat menyebabkan keseronokan nikmati kopi itu kurang. Pun begitu, rasa kopi nya masih ada. Mocha? nahhhhh, off terus.

Favorite kopi espresso yang NM paling suka adalah Cappuncino.

Apa pula perbezaan latte dengan Cappuccino ?

Sebelum NM sentuh bab perbezaan, NM akan sentuh bab persamaan. Seperti ungkapan pickup line trend masa kini. “Apa persamaannya Latte dengan Cappucino”. dan kemudian akan di jawab “Kedua-dua nya saya suka…”.

Ok, muntah hijau.

Berbalik pada persamaan latte dan cappuccino, kedua-duanya menggunakan based yang sama. Iaitu 1-2 shot Espresso dan juga Susu (steamed dan foamed).

Perbezaan secara ringkas susu steamed adalah susu yang berbentuk buih yang lebih kecil dan berat berbanding foamed. Steamed ni sesuai untuk buat design / art yang bunga-bunga, pokok kelapa, muka albert einstein, atau whatsover art yang selalu barista buat untuk menaikkan lagi kenikmatan kopi tersebut. Bak kata pepatah, “dari mata jatuh ke hati”. So sweet~

Berbeza dengan foamed milk ataupun juga dipanggil frothed, ia diletakkan untuk kopi cappucino. Ia menghasilkan buih yang tebal. Sambil hirup, sambil boleh tumbuh “misai putih”.

Nak bagi gambaran lebih tepat, ini adalah antara contoh perbezaan kedua jenis susu tersebut :

perbezaan foamed dan steamed milk

Nak tahu lebih lanjut tentang perbezaan dan persamaan di adalah di Cappuccino Vs Latte

Review jujur tentang Celcius Coffee. On tak On?

kopi premium celcius coffee
Best Serve Chilled~!

Design product

Didatangkan dengan produk dalam botol kaca, berbentuk seperti botol wiski (leper), amatlah jarang sekali kita lihat produk kopi seperti ini di pasaran Malaysia. Keunikan ini sebenarnya antara perkara yang menarik minat NM.

Ia merupakan sesuatu yang kreatif bagi menarik first impression pelanggan.

Nampak lifestyle~

Rasa

Sesuatu kenikmatan bagi coffee lover adalah bukan disebabkan untuk hilangkan rasa dahaga, mereka lebih gemar untuk melayan nafsu deria rasa mereka.

Bukan hanya pada lidah, tetapi juga pasa rasa hati dan memori.

Kenikmatan sebenar kopi pada seseorang coffee lover adalah apabila ia dapat memberikan perasaan luar biasa, yang tidak mampu digambarkan oleh kata kata.

Bila kopi diserve dengan setulus ikhlas, maka memori tercipta itu bakal membahagiakan harinya.

Teringat NM tentang satu movie superhero (Green Hornet), di mana satu adegan tentang seorang butler/sidekicknya yang setiap pagi akan menyediakan kopi tanpa gagal. Yang menariknya kopi tersebut di sediakan dengan cantik dan kreatif.

Jadi, untuk rasa yang Pertama iaitu classic latte, rasanya tak manis sangat. Berbanding dengan Kopi Wonda berperisa latte yang rasa susu nya agak kuat berbanding espresso itu sendiri. Pada asalnya NM sangka ia akan rasa sebegitu, namun rasa classic latte dari celcius coffee ini lebih rasa pahit kopi tu lebih. Dan buat coffee lover yang punyai kecenderungan rasa kopi melebihi rasa susu, ini adalah pilihan untuk anda.

Pun begitu, yang kedua pula merupakan perisa caramel latte, sedikit manis dan kepahitan espresso itu still there. Seperti rasa kopi susu, dan rasa caramel dia tetap boleh rasa. Rasa caramelnya tak kuat, tapi mencukupi. Bagi mereka yang tak suka akan kepahitan kopi yang kuat, ini merupakan pilihan anda dari produk Celcius Coffee.

Kalau diberi pilihan antara kedua-duanya, NM lebih gemar perisa Classic Latte. Latte Vs Cappuccino? Yeah, absolutely Cappuccino all day~~

Pun begitu, kedua-duanya sedap dan sangat halus blendnya. Memang thorbaik!

Harga

Dari segi harga ini sangat subjektif, untuk sesetengah orang harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Tetapi ada sesetengah orang harga nya terlalu tinggi untuk dinikmati hari-hari.

Ada sesetengah orang menjadikan tabiat harian untuk menikmati kopi, ada juga mereka yang hanya sebagai lifestyle atau ikutan sahaja.

Contoh seperti Starbuck, tiap hari memang akan sentiasa penuh dengan orang untuk menikmati kopi sebagai lifestyle. Jaranglah NM dengar orang minum kopi starbuck setiap hari atau hampir setiap hari.

Yang NM pernah jumpa hanyalah orang yang akan minum kopi wonda atau kopi nescafe atau pokka sahaja setiap hari. Melainkan orang yang betul-betul bangsawan, itu pun NM rasa macam tak masuk akal nak layan starbucks hari-hari. Kan? Cuma bezanya antara Wonda dan Latte homecraft dari Celcius Coffee ini dibuat setiap hari. Senang cerita, nak minum hari ni, buat hari ni. Bukan menggunakan pemprosesan kilang. Full of love gitu.

Kalau dulu produck Starbucks hanya boleh didapati di Kiosk atau branch mereka sendiri sahaja, kini mereka juga telah membuat keluaran kopi produk starbucks dalam bentuk botol kaca di 7eleven atau kedai runcit stesen minyak dengan harga RM12.90.

Jadi bagi NM, apabila sesuatu produk dilabel sebagai premium, maka harga yang diletakkan juga perlulah premium. Dan NM letakkan produk Celcius Coffee ini sebagai produk Premium disebabkan harga asalnya adalah RM12.90, dan terdapat promosi yang memberi potongan harga sehingga RM9.90 sebotol. Capisce?

Recommend ke tak Recommend?

100 percent Yes! sebagai salah seorang peminat kopi yang tegar (tak dapat sehari menggigil ketagih), NM sangat-sangat suggest buat coffee lover di luar sana untuk rasai sendiri kopi ini. Tak rugi untuk rasai sendiri espresso dari celcius coffee ni. Harga pun bagi NM tidaklah tinggi sangat, cuma NM tak rasa kita akan beli hari-hari. Bukan disebabkan faktor harga, tetapi produk premium seperti ini bukan untuk daily punya consume bagi rakyat marhein seperti NM. Got me?

Tapi kalau rasa nak buat sendiri, NM suggest terus beli je mesin coffee maker (espresso). Ada macam-macam range harga ikut bajet sendiri. Tapi kalau ikut NM, ini adalah list best of coffee maker yang boleh dapatkan secara online di Lazada :

The best of Coffee Maker Machine :

1. Breville the Barista Express Espresso Machine, BES870 – Harga RM3,000

2. Nespresso F111-ME-WH-NE Lattissima – bawah RM2,000

3. GEMILAI CRM3601 bawah RM1,000

4. BSboss Coffee Maker Machine 20 Bar Pressure – bawah RM500

Macam mana nak dapatkan?

Dah panjang lebar NM bercerita tentang kopi dari Celcius Coffee ni, tapi tak cerita pula bagaimana cara nak dapatkan coffee se premium ini, Ye dok?.

Baik, anda boleh dapatkan produk ini dari website rasmi mereka di https://celsiuscoffee.com/.

Di situ anda boleh lakukan pembelian kopi idaman anda ini, dan buat masa ini celcius coffee hanya support pembelian secara ‘online banking’ sahaja. Mungkin di masa akan datang, mereka akan tambah lagi dengan mode payment yang baharu (improvement).

Lagi satu, pada saat ini, delivery hanya terbuka kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang. Lebih-lebih lagi tiada agent seluruh Malaysia dibuka buat masa ini.

Buat pengguna instagram, boleh usha-usha insta mereka di Celcius Coffee Instagram.

Sebarang pertanyaan atau cadangan pula boleh melalui whatsapp, owner dia sangat peramah melayan pelanggan, jangan la korang pergi mengorat dia pula ya : Whatsapp Celcius Coffeee.

Yang terkini hanya terdapat dua jenis perisa sahaja, tetapi ada teaser baru-baru ni bahawa mereka akan keluaran baharu mereka di Instagram

teaser coffee baharu
Teaser Kopi Baharu dari Celcius Coffee

Link lain review NM tentang Kopi :

Kopi Wonda Baharu perisa Barista “Daily Fix” : https://nenasmadu.com/2020/10/17/kopi-wonda-baharu-perisa-barista-daily-fix-menanti-si-hantu-kopi/

Kopi Wonda booster 2x ganda rasa kopi : https://nenasmadu.com/2020/03/08/kopi-wonda-booster/

NM dah beli ini sebagai rakyat marhein

Coffee machine rakyat marhein

One Reply to “Premium Coffee by Celcius coffee”

Leave a Reply