Cara tuntut EIS : Perlindungan kepada kehilangan pekerjaan

February 2, 2021 By:

Walaupun sudah hampir lebih 2 tahun EIS atau nama penuhnya Employment Insurance System diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 6 Dato Seri Najib Razak, yang bakal memberi perlindungan kepada pekerja yang mungkin menghadapi masalah pada masa akan datang. Namun masih ramai yang tidak peka akan kebaikan EIS yang diperkenalkan ini. Malah masih ramai belum tahu cara untuk tuntut EIS selepas kehilangan kerja.

NOTA PENTING : PERLU TUNTUT DALAM TEMPOH 6 BULAN SELEPAS KEHILANGAN KERJA

Advertisement




Waktu itu, ramai yang mengecam tindakan Perdana Menteri tersebut kerana dipropagandakan bahawa kerajaan mengambil portion gaji pekerja bagi tujuan. Walhal itu adalah sebahagian inisiatif kerajaan bagi mengelakkan pekerja yang terlibat dalam kategori vss/mss atau apa-apa yang berkaitan dengan pemberhentian kerja dapat meneruskan kehidupan sekurang-kurangnya untuk beberapa tempoh sebelum mendapat pekerjaan baharu.

Sebelum Malaysia, negara ASEAN lain seperti Thailand dan Vietnam telah menggunakan kaedah yang sama. Begitu juga di negara-negara besar seperti Kanada dan China. Sumber : mstar.com.my

Untuk posting kali ini, NM akan berkongsi info tentang EIS dan cara untuk memohon.

Apakah itu EIS ? Apa fungsinya? 

Employment Insurance System (EIS) atau dalam bahasa melayunya Sistem Insurans Pekerja (SIP) telah dilaksanakan pada Januari 2018 oleh PERKESO. Ia merupakan salah satu skim bantuan kewangan bagi membantu mereka yang kehilangan kerja sehingga mereka mendapatkan perkerjaan yang baharu. Selain itu ia juga dapat memberikan bantuan kebajikan dan bantuan dalam mencari pekerjaan melalui sistem carian kerja seperti myfuturejobs.

Baca tentang bantuan PenjanaKerjaya : Penjana Kerjaya Bagi Bantuan kepada Majikan

Syarat-syarat mencarum di bawah perlindungan EIS

Pekerja yang layak diliputi di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta SIP) adalah seperti berikut:

i) Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
ii) Berumur 18-60 tahun*
iii) Bekerja dengan sektor swasta**
iv) Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)

Kadar Caruman

Kadar caruman bagi SIP adalah campuran ~0.2% syer majikan dan ~0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.

Contoh anda bergaji RM 2,000, maka :

  1. Majikan perlu membayar RM 2000 x 0.2% = RM 4.10
  2. Potongan dari gaji pekerja RM 2,000 x 0.2% = RM 4.10

Lebih lanjut mengenai kadar caruman : https://www.perkeso.gov.my/kadar-caruman.html

cara tuntut eis perkeso

Kategori yang membolehkan anda tuntut EIS jika kehilangan pekerjaan

i. Pembuangan kerja / pertindihan
ii. VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
iii. Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
iv. Bankrap atau penutupan tempat kerja
v. Pembuangan kerja konstruktif
vi. Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
vii. Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

Golongan tidak layak untuk memohon dari perlindungan EIS

  • Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja
  • Persaraan
  • Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan)

Cara nak mohon tuntutan sekiranya kehilangan kerja

Permohonan tuntutan faedah SIP boleh dibuat secara atas talian di Portal SIP ataupun hadir sendiri   di mana-mana kaunter pejabat PERKESO yang berhampiran dengan anda.

Secara online di : Tuntutan Faedah EIS Kehilangan Pekerjaan

Dokumen yang diperlukan :

  1. Salinan / Scan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Bukti kehilangan kerja seperti surat VSS / MSS
  3. Maklumat akaun bank (penyata bank) untuk dimasukkan faedah
  4. Penyata / slip gaji bagi 6 bulan sebelum kehilangan pekerjaan

Terdapat juga kes khas seperti berikut yang memerlukan dokumen tambahan :

  1. Salinan laporan polis disebabkan (ugutan / sexual harrasment / dll)
  2. Arahan menjalankan tugas berbahaya (luar skop kerja asal di dalam kontrak)
  3. Lain-lain berkaitan yang menyebabkan anda kehilangan kerja

Leave a Reply