Daftar Cukai Pendapatan di Malaysia

February 14, 2021 By:

Bulan April merupakan tarikh penting bagi mereka yang bekerja di Malaysia. Ini kerana pada bulan April anda perlu menghantar laporan cukai anda bagi menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Cukai pendapatan ini sering kali terlepas pandang oleh kita termasuklah NM sendiri. Ia agak mengelirukan kadangkala, ia juga sering berlaku pertukaran saban tahun mengikut tahun taksiran tertentu.

Rumit, tapi itu adalah tanggungjawab kita.

Cukai merupakan pendapatan negara yang diperlukan untuk membangunkan sesebuah negara. Pada zaman kegemilangan islam terdahulu, Zakat diperkenalkan bagi menjana pendapatan sesebuah negara (cukai). Selain itu, terdapat juga konsep waqaf (jariah) juga sebenarnya merupakan antara mekanisme terbaik untuk perkembangan sesebuah negara dan masyarakat dan ia tampak lebih berkesan malah lebih ringan. Kesatuan dan kesucian hati dapat dibentuk dari kedua-dua mekanisme di atas iaitu zakat dan waqaf. Cukai sebaliknya bagi NM menimbulkan sedikit keterpaksaan yang kadangkala ia menjadi sesuatu yang menekan pada satu pihak (disebabkan pelbagai faktor). Tapi, itu peraturan, sebagai rakyat, patuh dan tunduk. What can we do rite~

Penceritaan tentang Zakat dan Waqaf mungkin NM akan terangkan pada posting akan datang. Ini posting tentang Zakat, NM jentik sedikit sahaja berkenaan sistem yang terdapat di Malaysia kini.

Berbalik kepada Cukai pendapatan yang dikenakan kepada mereka yang menjana pendapatan di Malaysia. Berikut adalah golongan yang layak dikenakan cukai :

Golongan layak dikenakan cukai pendapatan di Malaysia :

  • Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
  • Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
  • Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
  • Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
  • Individu yang menjual/membeli hartanah

Macam NM maklum, syarat untuk kelayakan akan berubah-ubah setiap tahun (kemungkinan besar). Jadi anda boleh refer di Laman Web Rasmi LHDN, www.lhdn.gov.my.

Berkenaan dengan cara pendaftaran bagi mereka yang baru sahaja nak berdaftar, boleh cuba antara dua ini :

Cara Pendaftaran Cukai Pendapatan Individu

  • atas talian (online) melalui aplikasi e-Daftar di http://edaftar.hasil.gov.my ; atau
  • manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan.

p/s : untuk pendaftaran bukan wargenegara, anda perlu lampirkan bersama salinan passport/dokumen perniagaan. Bagi warganegara, tak perlu.

Kalau anda pilih untuk pendaftaran secara manual, perlu dapatkan borang CP600 di SINI. Download borang CP600.

DAN kena bawa sekali dokumen ini bersama ke kaunter LHDN (PENTING):

  • Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
  • Penyata pendapatan/slip gaji

Tarikh Akhir bagi penghantaran borang adalah pada 30 April setiap tahun ya!

Jangan lewat, kalau lewat anda boleh dikenakan penalti / kenaikan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Aduh~

Leave a Reply