Pengenalan Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik di dalam sistem perakauanan

February 15, 2021 By:

Sementara ramai yang tidak mengetahui unsur perakaunan sebenarnya terdapat dalam sistem kehidupan semua orang. Sama ada kita sedar atau tidak, itu bergantung. Perakaunan merupakan proses merekod,mentafsir,mengklasifikasi,menganalisis dan melapor maklumat. Berbeza dengan simpan kira, ia hanya meliputi proses awal dalam mengenal pasti,mengelas dan merekod urus niaga perniagaan berasaskan sistem catatan bergu(double entry).

Apa penerangan lebih detail bagi perbezaan perakaunan dan simpan kira, NM akan terangkan di posting lain.

Di Tingkatan 4, NM telah menduduki kelas Sains Sastera. Antara matapelajaran wajib di Sekolah NM di waktu itu untuk kelas Sains Sastera adalah subjek Asas Perakaunan. Pada mulanya memang NM juga tidaklah berapa gemar akan subjek ini sepertimana sebahagian rakan sekelas NM waktu itu. Namun disebabkan berbekalkan keputusan PMR NM yang hanya mendapat 3A di sekolah itu, meletakkan diri di NM di kelas tersebut (kelas tercorot).

Tapi seperti bait lirik di dalam lagu Dalil Cinta oleh kumpulan Nasyid Rabithah, “Yakin PadaKu ini dalil Cinta tuhan Kepadamu~”.

Jadi ia pasti ada hikmah tersembunyi. Dan sungguh, NM kini masih kekal menjadi salah seorang financial controller di salah sebuah syarikat di Malaysia sudah hampir 5 tahun. Malah NM terus fall in love semenjak dari bulan pertama di dalam kelas tersebut. Gitchew~

Antara Bab penting yang boleh digunakan ketika di alam pekerjaan bagi skop yang terdapat dalam subjek utama adalah pengenalan kepada aset, liabiliti dan ekuiti. Bab lain yang NM maksudkan kurang penting seperti mengetahui siapa dia bapa perakunan (iaitu Luca Pacioli) yang turut merupakan bab yang terdapat di dalama pengajaran “asas perakaunan”. Walaupun ada percanggahan pendapat bahawa individu yang pertama mengamalkan sistem perakaunan adalah dari Cendekiawan Muslim, pun begitu, itu bukan soalnya. NM hanya nak bercerita dari sudut subjek yang terdapat di dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Memang untuk pertama kali, ia agak sukar untuk dibezakan antara 3 jenis core utama (Aset, Liabiliti & Ekuiti) pengkategorian dalam perakaunan ini. Kerana, sering berlakunya kekeliruan antara aset dan pendapatan, liabiliti dan perbelanjaan. Betul, ramai yang keliru pada awalnya termasuk NM juga.

Jadi tugas NM kali ini adalah untuk cuba menerangkan seringkas dan semudah yang mungkin bagi membuatkan anda yang tiada basic, faham. Kalau tak faham direct message NM, NM cuba improve lagi bagi mudah pembaca faham.

Pengenalan Bagi Asset, Liabiliti & Ekuiti

  1. Aset – Aset dalam bahasa mudah adalah HARTA KEKAYAAN. Di mana ia boleh terdiri kepada pelbagai jenis harta. Bukan sahaja harta yang boleh dilihat secara fizikal seperti Kenderaan, Mesin Photostat, Rumah, Bangunan, Tanah, Komputer, tetapi ia juga termasuklah sesuatu yang tidak boleh dipegang atau dilihat (intagible asset). Aset terbahagi kepada dua, iaitu Aset Kekal (fixed asset) ataupun aset semasa (Current asset).
  2. Liabiliti – Liabiliti ini pula merupakan BEBANAN kepada syarikat atau individu. Contoh seperti pinjaman bank. Kalau seseorang itu membuat pinjaman dari bank, jumlah yang dipinjam merupakan bebanan kepadanya untuk dilunaskan pada akan datang. Sepertimana aset, liabiliti juga terbahagi kepada dua jenis, iaitu Liabiliti Jangka Panjang dan Liabiliti Semasa.
  3. Ekuiti – Ekuiti pula adalah MODAL atau sumbangan dari pemilik. Ia juga tamabahan dari Untung / Rugi terkumpul sesebuah syarikat.

INGAT FORMULA NI, PENTING!

ASSET – LIABILITIES = EQUITIIES

Perbezaan Aset dan Liabliti+Ekuti dalam pengrekodan (Debit Credit)

Secara mudah, sebarang penambahan aset seperti penerimaan tunai/cek/bank dari pelanggan, kita akan rekod debit di sebelah aset untuk aset di bawah item tunai/bank(bergantung duit diterima ke dalam bank atau melalui tunai sahaja).

Sementara pengurangan aset seperti pembayaran tunai/bank tadi adalah daripada Penghutang, maka nilai penghutan tersebut akan berkurang. Dari segi pengrekodan bagi penghutang tersebut hendaklah di kreditkan.

Contoh situasi, Ali terima duit tunai daripada penghutang bernama Abu sebanyak rm500. Untuk rekod ini adalah seperti berikut :

Dt Tunai Rm500 Cr Penghutang Ali Rm500

Simple kan?

Berbeza pula dengan pembayaran Ali kepada pemiutang, ia mengurangkan liabiliti kepada Ali, tetapi ia juga mengurangkan tunai/bank kepada Ali.

Jadi bagi contoh ini adalah :

Dt Pemiutang RM500 (kurangkan liabiliti apabila debit) dan Cr Tunai/Bank RM500 (kurangkan duit Ali)

Untuk penambahan aset, ia akan melibatkan pengrekodan di bahagian Debit, manakala apabila berlaku pengurangan, ia akan direkod di sebelah Credit. Begitu juga sebaliknya bagi Liabliti dan Ekuiti.

NM lakar sedikit rajah bagi memudahkan kita boleh faham, ini adalah paling asas bagi pemahaman dalam membuat rekod di dalam perakaunan.

Jadi itu sahaja dari NM untuk pemahaman yang agak mudah bagi mereka yang baru nak berkenalan dengan sistem perakauanan. Ia mudah kalau kita faham segala macam konsep di dalam perakauanan (asas) terlebih dahulu, sebelum ke peringkat yang lebih intermediate.

Semoga posting NM kali ini dapat membantu anda. Jika ada sebarang cadangan atau persoalan boleh DM NM ya! c ya~

Leave a Reply