Sejauh manakah keberkesanan Pengajaran dan Pendidikan Dari Rumah (PdPR)

February 16, 2021 By:

Peredaran zaman menyaksikan pelbagai perkara yang ironi berlaku. Waktu dahulu, penggunaaan gajet oleh anak-anak seringkali ditafsirkan sebagai pembaziran atau perecentatan otak oleh sesetengah golongan. Bagi NM, selagi ianya terkawal, penggunaaan teknologi sebenarnya amat baik untuk perkembangan intelektual dan infomation yang boleh didapati.

Tanya saja pakcik google.

Pun begitu, terdapat juga keburukan dari penggunaan teknologi yang berlebihan dan tidak terkawal. Apa boleh buat, kita berada di suatu zaman yang teknologi berada di mana-mana. Perlumbaan perkembangan teknologi oleh industri memang berdesup!

Buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, semoga anda dapat menjawab dengan cemerlang. Buat yang terbaik, apa-apa pun result akan datang anda sudah boleh berpuas hati kerana diri sendiri telah melakukan yang terpaling baik boleh dilakukan. Setiap orang ada limit, tetapi limit tersebut boleh diatasi dengan usaha gigih.

Man Jadda wa jadda guys~

Advertisement




NM akan sentuh kebaikan dari segi peredaran teknolgi yang melibatkan penggunaan maya. Antara yang dapat membantu ketika zaman (tiada sentuhan dibenarkan) covid-19 ini, sumber pendidikan menjadi sesuatu yang terkesan. Bagaimana seseorang itu hendak mendapatkan ilmu, jika kita hidup di zaman yang membolehkan kita mendapat sumber pendidikan hanya melalui ke sekolah atau pustaka berhampiran.

Zaman 90-an contohnya, ramai yang akan ke perpustakaan negeri atau awam untuk mendapatkan pendidikan tambahan bagi menampung kekurangan pembelajaraan di sekolah. Ia kini sudah menjadi kekangan disebabkan keadaan semasa. Ada masa SOP tidak membenarkan, ada masa pula ia membenarkan. Jadi apa langkah penyelesaian ataupun langkah alternatif yang boleh digunakan pelajar yang membuak-buak dambakan ilmu ini? Secara online adalah penyelesaiannya.

Di Malaysia, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan sistem pembelajaran baharu yang menggunakan kaedah Online ini. Terdapat manual pembelajaran dan pendidikan dalam talian (PdPR) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijadikan garis panduan kepada Guru-guru, dan murid-murid ( atas bantuan ibu bapa ).

Manual PdPR dari KEMENTERIAN PELAJARAN : https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/manual-pdp-di-rumah/3727-manual-pdpdr/file

Sejauh manakah keberkesanan sistem baharu ini ?

Rentetan dari pengenalan sistem PdPR ini, kita boleh lihat pelbagai reaksi dari masyarakat termasuklah dari ibu-bapa, murid-murid, mahupun guru. Kebanyakan dari mereka mengalami kesulitan untuk mengimplementasi sistem PdPR yang diperkenalkan ini

Sungguh, sejak diperkenalkan hampir setahun yang lalu, pelbagai komen dan cadangan telah dikemukakan. Ada juga mereka yang tidak berpuas hati dengan sistem PdPR ini kerana ia hanya membuatkan ibu bapa lebih tertekan apabila sistem ini lebih membebankan mereka.

1. Kekangan Pengajar

Ini disebabkan, ibu bapa perlu hadam segala macam subjek disebabkan info yang terdapat dalam video tidak mencukupi untuk pemahaman murid-murid (anak). Bayangkan kalau sesorang ibu bapa itu mempunyai taraf akademi yang tidak mencukupi. Adakah ibu bapa tersebut mampu untuk memberikan pembelajaran yang betul. Contoh, bapa itu hanya reti bab metamatik dan sains, tiba-tiba datang mari soalan berkenaan geografi yang pada dahulunya memang sentiasa gagal. Pastinya anak itu tidak dapat menerima ilmu yang betul dan tepat.

Pun begitu sebenarnya jika semua guru-guru mengikut garis panduan yang telah ditetapkan seperti mengamalkan 2 way communication antara murid dan guru, ia adalah sangat membantu. Malah NM bayangkan ibu bapa akan lebih lega jika kesemua guru yang diamanahkan melakukan langkah seperti ini.

Ini yang diceritakan oleh seorang pengguna media sosial baru-baru ini.

Sorry KPM, I’m done! ✋🤚2 hari lepas ialah kemuncak kesabaran saya terhadap sistem pdpr sejak covid menjelma di tahun 2020. Saya dah tak mampu cope dan perah tenaga saya lagi.Kelas online katanya, tapi jadi kelas tempek link youtube, tempek homework online di Whatapps group. Saya cuba ikut dan fahami dari tahun lepas. Ok, mungkin perlukan masa untuk beradaptasi dengan sistem sebegini. Tapi bila tahun ni pun dok buat benda sama, saya give up.Satu hari, 3 subjek. Anak saya 3 org, form 2, darjah 3 & darjah 4. Kelas kafa, lagi 3 subjek. Ha kira tengok berapa subjek nak hempuk atas kepala saya untuk mengajar anak2. Saya sudah sehabis baik sediakan kelengkapan belajar online di rumah. Laptop,PC sorang satu, buku2 latihan segala2. Setiap hari dari tahun lepas, saya komited untuk anak2 saya, saya tolak hampir semua tawaran kerja training semata2 nak spend masa untuk pelajaran anak2. Bermula pukul 8 pagi, group whatsapp sekolah akan dapat link youtube, gambar2 dan kerja rumah. Lepas abis satu kelas, 1 kelas. Lepas tu perkara paling annoying, berdedai2 list kehadiran dalam group whatsapp, dan jugak hasil kerja sekolah suruh cikgu semak. Kadang2 whatsapp group sekolah jd medan pertandingan, anak sapa siap dulu, anak sapa paling rajin, anak sapa buat elok, mak2 sapa baguih, blh dok kelebet anak 24jam. Semalam, ada seorang cikgu sekolah anak saya yang buat kelas mengajar depan2 melalui Gmeet, Cikgu Zaiton namanya. Saya rasa betul2 ringan sebelah bahu selepas cikgu mengajar secara 2 way communication begitu. Ada lagi sorang cikgu math tahun lepas, Cikgu Saari namanya, buat inisiatif rakam sendiri dirinya mengajar di whiteboard. Walaupun pelajar tak dapat respon on the spot, tapi pelajar boleh rasa kehadiran cikgu. 2 cikgu ni saya puji dan sangat2 hargai. Terima kasih cikgu!🙏Petang pulak, kelas kafa. Mujur jugak sy baru jumpa kelas kafa swasta kt dalam taman ni. Dari tahun lepas merayu cari kelas kafa, nan hado, tak terima untuk pelajar baru, sampai la ke tahun ni. Tak tahu mana lagi nak hantar anak belajar agama. Xpa, bayar pun takpa, demi anak2. Alhamdulillah kelas kafa ni ustazah ada buat Google meet, nampaklah macam kelas online. Ada interaksi guru-pelajar. Anak2 saya pun nampaknya kembali bersemangat. Ok, masuk bab saya pulak, dari pagi siapkan sarapan, setup class untuk anak2, saya sendiri pun ada kelas online, sambil ajar anak, sambil usung laptpp masuk dapur, prepare lunch, sambil saya jawab exam, prepare modul, recording segala. Alhamdulillah, saya sabar, dan sabar lagi lalui hari2 mendatang.Sampailah ke tarikh 2 hari lepas, saya burnout. Saya terlampau letih, saya dah tak sanggup. Saya buka shower dan menangis semahu-mahunya dalam bilik air sebab tak nak anak2 nampak. Lepas tu baru saya boleh cool down balik. Otak saya baru boleh berfikir secara rasional.Saya buat keputusan, saya dah tak berminat ikut sistem pendidikan macam ni. Ini anak2 saya dan saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mereka, bukan cikgu2 hatta KPM sekalipun. Kalau anak2 saya melingkup pun, takkan ada siapa yang peduli. Jadi saya duduk di meja tulis, dan rangka strategi baru. Saya print semua silibus sekolah anak2 saya. Saya buat jadual kami sendiri. Setiap hari 1 jam untuk kami berempat duduk dan go through setiap satu tajuk bagi 1 subjek. Kerja rumah yang dikirim oleh pihak sekolah jatuh tempat kedua. Ada masa baru buat. Subjek pendidikan seni, muzik, jasmani etc, saya tolak tepi, sebabnya saya tau anak2 saya dah cukup aktif dan kreatif. Ada 1 lagi masalah berkenaan subjek sains, zaman sekarang subjek sains lebih kepada menghafal jargon2 dari pehamanan sains itu sendiri. Saya adalah peminat dan SPM A1 scorer matapelajaran sains, saya fikir, jika masa saya sekolah dulu saya dipaksa hafal inferens,malar tak malar dan tahapa2 lagi, kemungkinan besar saya akan benci subjek sains. Subjek sains sepatutnya fun, bukan stressful. Masa 2 jam saya menangis2 tu, perasaan saya bercampur baur. Ada yang saya menangis sebab kasihankan diri saya, ibubapa lain, dan guru2 sekolah. Saya ni, boleh dikatakan celik juga IT, pun rasa sangat2 terbeban. Saya mampu sediakan pc,printer utk anak2. Bayangkanlah ibu bapa yang kurang faham bab teknologi. Yang kurang mampu, yg diberhentikan kerja, yang anak 7-8org. Cikgu2 tersepit, nak buat Google Meet, tak semua pelajar dapat masuk, ada yang tak pandai nak handle Gmeet, ada yang line internet sangat bermasalah. Itu belum lagi masuk ke masalah depression, ibu bapa dan guru. Setiap kali kunjungan saya ke pakar psikiatri, nurse selalu tanya, puan ni cikgu ke? Saya tanya, ramai ke cikgu2 masuk sini? Raaaaaaamaiii jawabnya. Itu kalau yang tahu memang hidap depression,dan pegi dapatkan rawatan. Yang tak tahu, dan tak boleh control tu macamana? Silap2 dicekiknya anak2. Kawan2 saya sangat ramai yang berkerjaya guru dan pensyarah, selalu mengadu, mereka memang betul2 tersepit, nk buat kelas online susah, pihak atasan juga menekan minta data itu ini, ibu bapa murid ramai yang bekerja dan sukar bagi kerjasama, kalau adapun waktu malam saja. Last2, back to square, tempek link, tempek homework di WhatsApp sajalah jalannya. Kami ibu bapa sudah lelah. Duit ringgit tak payah cakaplah,laptop, printer segala2 terpaksa beli. Guru2 sudah lelah, semangat mengajar kian hilang. Entahlah.Saya betul2 penat dan fedup. Jadi saya buat keputusan, nak mengamalkan konsep mampoih pi. Kalau anak saya larat buat kerja sekolah, buatlah. Kehadiran dlm WA class pn saya dah menyampah nak isi. Kalau ada mood, saya isi, kalau tak lantakkan. Sekarang kami fokus kepada strategi dan jadual baru kami. Yang penting pemahaman anak2, bukan kehadiran. Sejam-dua sehari fokus setiap topik much better dari hari2 dok buat keja sekolah,tapi haram tak paham apa.Sekian dulu, demikianlah berakhirnya kuota berletiaq saya pada hari ini.Saya perlu jaga kesihatan mental dan fizikal saya, kalau saya sakit, kena masuk wad gila, sapa nak jaga anak2 saya? Now, saya letih sangat2, nak makan ubat dan tidoq. Harini saya bagi cuti kt anak2 saya. Yahooo!

by Hanis Tanius : link https://www.facebook.com/noorhanis.tanius23/posts/759891384938279

2. Kos pemilikan gajet atau perisian komunikasi

Sebelum ini, buku teks dan buku rujukan merupakan salah satu instrumen yang digunakan sebagai kaedah pembelajaraan. Kos yang terlibat juga tidak tinggi. Malah terdapat bantuan dari kerajaan berkaitan pinjaman buku teks di Sekolah bagi mereka yang layak. Kalau hilang atau rosak kena ganti tau. Sebab tu waktu itu berpusu-pusu murida dan ibu bapa yang balut buku mereka secantik molek yang mungkin.

oh nostalgia~

Seperti yang kita tahu, Pembelajaran dan Pendidikan di Rumah melalui online (PdPR) ini menggunakan aplikasi yang memerlukan penggunaan gajet seperti handfon atau tab ataupun komputer (laptop juga). Ini merupakan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh ibu bapa. NM terfikir pada mereka yang terdiri dari keluarga yang kurang bernasib baik. Semestinya ia amat membebankan.

Berapa ramai agaknya keluarga yang mengalami masalah kewangan yang terpaksa berkorban demi pendidikan anak-anak?

Bantuan Ebit Lew sebanyak 100 unit tab sebelum ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang benar-benar di dalam kesusahan. 1 Unit beranggaran dalam RM500, lebih kurang RM50,000 Ebit Lew telah menyediakan dana kepada mereka. Semoga Tuhan bertambah kasih pada mereka yang ringan menghulurkan bantuan / sedekah.

Harap tiada yang ambil kesempatan di atas keprihatinan seseorang.

Terdapat juga bantuan dari Lembaga Zakat Negeri. Ia juga sedikit sebanyak dapat membantuk keluarga tersebut. Antara contoh yang NM temui bantuan di media sosial adalah Zakat Negeri Kedah, 23 Juta untuk pelajar asnaf (Bantuan PdPR).

NM percaya, Lembaga Zakat yang lain turut membantu, tetapi tidak dihebahkan di dalam media sosial sahaja.

3. Kemudahan Internet

Walaupun seorang pelajar miliki gajet tercanggih di dunia, tetapi jika kemudahan internet yang lembab sama sekali membuatkan pengalaman pelajar dalam menjalani PdPR dalam keadaan yang tertekan.

Di Malaysia kini milik jaringan internet bertaraf 5G, di mana boleh mencapai 20Gbps merupakan yang terpantas yang terdapat di pasaran pada masa kini.

Pun begitu, masih banyak kawasan yang tidak berada di bawah liputan 5G. Bukan sahaja liputan 5G, di sesetengah tempat juga langsung tidak memperolehi kemudahan internet yang menjadi asas dalam pembelajaran kini.

Antara contoh yang boleh di ambil di bawah kes viral di Sabah sebelum ini, adik Veveonah yang terpaksa memanjat pokok bagi mendapatkan liputan internet. Diharap adik Veveonah sudah dapat bantuan yang sepatutnya selepas beberapa ahli politik telah berbahas di dalam dewan sebelum ini.

Selagi masalah liputan internet di seluruh Malaysia tidak diselesaikan, selagi itulah masalah akan dihadapi buat mereka yang menjalani PdPR.

Akhir kata dari NM, sejauh mana keberkesanan perlaksanaan PdPR ini? bagi NM ia adalah kaedah terbaik yang boleh dilakukan buat masa ini memandangkan kita masih lagi menjalani SOP disebabkan oleh wabak Covid.

Walaupun ia terdapat kekurangan serta kekangan, bagi NM itu sahaja yang mampu dilakukan. Cuma para pengajar boleh mengambil inisiatif tamabahan selain apa yang terkandung di dalam panduan MOE bagi mengurangkan bebanan ibu bapa yang sering mengadu akan sistem PdPR yang membebankan mereka ini. Bukan mereka tidak mahu bertanggungjawab, tetapi mereka juga perlu mencari punca rezeki dan punyai kesihatan mental yang mencukup bagi memberi makan pada isi rumah.

Sama-sama kita mengamalkan konsep bertolak ansur, tolong menolong agar kita dapat menghadapi masalah global yang makin hari makin meruncing ini.

Leave a Reply