Cara untuk daftar program imunisasi Vaksin

February 26, 2021 By:

Seperti yang kita ketahui bahawa kerjaaan telah menerima bekalan vaksin pada 21 Febuari 2021. Vaksin itu merupakan keluaran Pzifer yang didakwa mampu memberi kesan sehingga sehingga 94%.

Sejauh mana kesahihanya, kita pun tak boleh nak pastikan.

Sebelum ini artikel NM ada membicarakan tentang Konspirasi Black Parade Malaysia, antara kandungan yang terdapat di dalam konspirasi tersebut adalah kewajipan setiap orang untuk memiliki passport digital bahawa anda telah divaksin. Di kala sekarang, ia berlaku seperti yang terkandung di dalam konspirasi tersebut.

WALAUBAGAIMANAPUN, NM tegaskan ia adalah konspirasi, sejauh mana kebenarannya? kita ada mata, kita ada akal, nilai sendiri baik buruk.

Di artikel ini NM akan guide macam mana cara untuk daftar di bawah program imunisasi vaksin ini melalui aplikasi MySejahtera.

Seperti yang kita tahu, aplikasi MySejahtera ini merupakan antara medium yang digunakan kerajaan untuk menyampaikan info kepada rakyat tentang perkembangan terkini isu Covid-19.

Terdapat 3 fasa yang akan terlibat berdasarkan golongan tertentu:
Fasa 1 – Golongan dari Frontliner bermula Feb hingga April.
Fasa 2 – April hingga Ogos bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, di samping orang kurang upaya (OKU).
Fasa 3 – Bermula Mei hingga Februari 2022 – untuk kumpulan berusia 18 tahun dan ke atas (warganegara dan bukan warganegara).

Cara untuk mendaftar Program Vaksin

  1. Buka Aplikasi Mysejahtera di Handphone anda
  2. Tekan pada icon ini “Covid 19 Vaccination”. Kalau tak jumpa, tekan “more” dahulu. Anda juga perlu update aplikasi tersebut pada latest version.

3. Jika anda merupakan golongan yang belum lagi tiba tarikh di dalam fasa yang telah ditentukan. Jadi anda perlu untuk click ini

4. Selepas itu anda perlu membuat beberapa verifikasi. Antaranya anda bersetuju untuk mengambil vaksin, tiada sebarang penyakit kronik, bukan golongan OKU dan ada beberapa verifakasi lain lain sebelum anda submit.

Sekarang anda hanya perlu untuk tunggu sehingga giliran anda dipanggil pada masa akan datang.

Jadi itu sahaja dari NM.

Mesti pening bukan? NM ni sokong ke tidak vaksin ni sebenarnya. Jawapan NM, NM berhati-hati dalam mengambil sesuatu yang baru. Bukan disebabkan konspirasi ada mikrocip di dalam vaksin tersebut. Itu adalah sesuatu yang bagi NM agak ridiculus. Pun begitu, ia tidak mustahil.

NM lebih berpegang pada pandangan ahli ulama. Fatwa telah keluar menyatakan ia adalah harus kerana ia di bawah kateogori perubatan yang mengelakkan mudarat yang lebih besar walaupun terdapat unsur yang haram di dalamnya. Dari kecil lagi kita sudah divaksin. Ia menjadi sesuatu yang bukan asing lagi buat rakyat Malaysia terutamanya.

Kepada yang tidak mahu vaksin, itu terpulang pada anda. NM cuma concern tentang side effect nya. Sejauh mana side effect akan berlaku pada penerima vaksin tersebut. Semoga kita semua di bawah lindungan dan rahmat Allah. Kita cuba yang terbaik insyallah.

Leave a Reply