Pos laju boleh isi borang online melalui Aplikasi sahaja. Mudah betul.

February 26, 2021 By:

Baru-baru ini salah syarikat utama yang memberi perkhidmatan hantar barang telah tercalar reputasinya disebabkan oleh mogokan dari pekerja-pekerjanya akibat dari potongan komisen yang melampau bagi mereka.

Ini menimbulkan rasa takut bagi seller dan mereka yang ingin mengirim barang kepada penerima.

Disebabkan demikian, antara pilihan utama adalah Pos Laju.

Untuk makluman, pos laju juga telah menambahbaik sistem mereka apabila mereka menyediakan perkhidmatan tambahan iaitu kemampuan untuk melakukan tanpa borang sejak tahun lepas.

Walaupun begitu, tidak semua cawangan pos laju mempunyai perkhidmatan ini. Kiranya hanya di sesetengah tempat sahaja lah yang boleh melalui apps ni. Cawangan yang terdekat tu pastikan dah update. Sonang keje.

Pertama sekali anda perlu mempunyai aplikasi POS LAJU yang boleh didapati di perisian masing-masing.
GOOGLE PLAY : DOWNLOAD APPS POSLAJU
APP PLAY : DOWNLOAD APPS POSLAJU

Mudah je sekarang, semua boleh dilakukan dari rumah. Dan hanya perlu ke pejabat pos berhampiran untuk serah barang dan scan QR code yang terdapat pada kaunter pos laju tersebut.

Nanti dia akan keluarkan resit untuk anda boleh terus dapat maklumat untuk tracking parcel anda. Mudah sahaja.

1. Buka Apps Pos Laju, dan pilih “New Consignment”.

2. Then proceed sebagai guest kalau malas register.

3. Nanti isi details penghantar dan kemudian Next, masukkan juga detail penerima, barang and berat.

4. Apps akan auto generate harga. Kemudian bawa handphone anda ke cawangan berhampiran (yang ada sistem ini), then scan pada QR Code. Contoh printer adalah seperti di bawah.

5. Tadaa ! anda akan dapat segala butiran seperti di bawah.

Sekarang anda dah dapat harga, dan juga detail tracking yang diperlukan untuk diberikan pada customer atau penerima anda. Mudah sahaja.

Netizen maklumkan sistem ini sebenarnya dah lama disediakan oleh syarikat J&T. Untuk makluman, pos laju juga telah sediakan perkhidmatan ini sejak tahun lepas lagi.

Pun begitu, Pos Laju sekarang dah berapa laju. Mungkin lambakan rakyat yang membeli secara online sudah melebihi kapasiti kemampuan pos laju. Dah tak seperti dahulu.

“Pos laju dah tak laju” – rakan setugas NM

NM saran untuk mereka yang masih kekal dengan penjualan secara fizikal atau kedai, untuk masukkan sekali perkhidmatan jualan online.

Untuk syarikat penghantaran pula, jangan buat pasal dengan parcel kami ya. Nanti netizen rotan baru tau!

Sumber : Twitter LoveShak

Leave a Reply