Review Toyota Vios Spec E 2021 Facelift selepas seminggu guna

March 28, 2021 By:

Antara kelebihan sewaktu musim Covid ini, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu ekonomi rakyat dan perniagaan. Antara yang terdapat dalam inisiatif ini adalah pengecualian cukai pembelian kenderaan (SALES TAX EXEMPTION).

Inisiatif pengecualian cukai ini telah dilaksanakan sejak tahun 2020 lagi. Ia memberikan peluang kepada mereka yang ingin memiliki kenderaan baru mahupun kepada pengeluar kereta. Ia sedikit sebanyak membantu ekonomi penjualan kereta di Malaysia.

Oleh itu, NM mengambil peluang untuk menikmati inisiatif ini dengan pembelian sebuah kereta berjenama Toyota iaitu Vios Facelift 2021.

Steering Variasi E dan J tiada leather wrap. Kecewa sikit.

Sebelum NM membuat keputusan ini, pelbagai carian dan research telah dilakukan sepanjang 2 minggu. Antara pilihan adalah Aruz, Ativa dan juga Honda City mengikut bajet NM sendiri. Walaubagaimanapun NM membuat keputusan untuk mendapatkan Toyota Vios kerana dari segi features terkini, durability dan juga Safety.

3 aspek ini dititikberatkan di dalam pemilihan. Kerana jika NM nak POWER dan Cantik, NM akan pilih Honda City. Kalau NM nak jimat minyak dan kos roadtax, NM akan pilih Ativa. Dan kalau NM perlukan ruang yang luas tetapi seringkali di claim sebagai underpower, NM akan pilih Aruz.

Di akhirnya NM pilih Toyota Vios disebabkan oleh 3 aspek tersebut walaupun harga sedikit tinggi berbanding yang lain. Yang penting, ia dikatakan lebih tahan lama disebabkan keyakinan terhadap enjin yang dihasilkan oleh Toyota ini.

Ini berdasarkan pengalaman pengguna HONDA dan TOYOTA sebelum ini. Boleh buat carian di mana-mana kalau nggak percaya. Youtube dan Facebook boleh dijadikan rujukan living proof.

Facelift. Mata lebih sepet dengan LED light. Dan juga grill dia bersambung.

Berbalik pada kisah Toyota Vios, ia didatangi oleh 3 varian yang berbeza, iaitu spec J, E dan G. J ni paling basic, manakala E sederhana dan G paling top. Pun begitu, terdapat variasi tambahan yang dikenali sebagai GR yang lebih sporty dan lebih power dengan 10 kali speed (260 Horsepower boss).

Untuk variasi E yang NM miliki ini, kalau di On the Road lebih kurang RM 87 ribu. Walaubagaimanapun Toyota juga memberi Rebate Cash dan Rebate Aksesori yang menarik sehingga berjumlah RM7,500. Jadi kalau anda ada RM 80 ribu cash dah boleh angkat terus.

Kalau tak anda boleh pilih sama ada ingin buat loan bank mahupun loan dari toyota capital dengan kemudahan EZ beli.

Loan bank seperti biasalah ia akan memerlukan penilaian scoring anda. Untuk EZ beli pula ia didatangi dengan 3 Tier. Ia bermula dengan tiga tahun pertama, 3 tahun seterusnya dan 3 tahun terakhir. Jumlah keseluruhan bagi EZ beli ini adalah 9 tahun. Tier pertama paling rendah, tier ke-dua dan ketiga masing-masing akan meningkat.

Untuk toyota VIOS ini, ia bermula RM530 bagi varasi J dengan Deposit sebanyak 10%. Apa-apa pun cara pengiraan dia perlu dapatkan kepastian dari Sales Advisor Toyota anda.

Ez Beli Tier Toyota untuk Variasi J dengan 10% DP

Bagi NM apa yang paling menarik pada Toyota Vios ini ia dilengkapi dengan VTS. Anda boleh track GPS kereta anda seperti enjin off dan enjin on hanya melalui aplikasi di fon. Jadi ia dapat membantu sekiranya kereta anda dicuri. Ia hanya dilengkapi pada varian E dan G sahaja !

Untuk mencapai 100km/jam perlu mengambil masa lebih kurang 13 saat. Bagi NM, ia mencukupi dari segi power. Tiada keperluan untuk NM laju-laju. NM lebih suka enjoy the ride berbanding speed.

NM ada juga join group whatsapp geng-geng vios ni. Banyak lah juga boleh belajar dari mereka yang otai-otai. Diorang pun sempoi dan tak toxic.

Bagi NM, keputusan kali ini adalah baik untuk pemilikan kenderaan seterusnya. NM belum lagi melakukan servis pertama 1000km. Kalau purata ikutkan harga bagi servis pertama ini lebih kurang RM166. Tak adalah mahal sangat. Berpatutan, janji boleh pakai lama.

Sound sistem juga sangat baik. Tambah lagi Aircond dia sangat sejuk. Bawa tengah hari panas juga bukan satu masalah bagi aircond vios perform.

Bagi fuel consumption, NM average setakat hari ini adalah 16km/litre. Agak mengejutkan bagi sebuah enjin berkapasiti 1.5.

Overall NM sangat berpuas hati dengan prestasi vios. Yang NM sedikit rasa downfall adalah pada segi handlingnya. Handling Proton memang sedikit better.

Jadi buat mereka yang pentingkan keselamatan, infotainment yang baik, tahan lama dan kereta yang ngam ngam lajunya. NM sarankan untuk anda ambil Toyota Vios 2021 ini. Serius berbaloi. Marilah.

Leave a Reply