First Service 1000km Toyota di Service Centre Magna Viable Bangi

May 1, 2021 By:

Setelah penggunaan hampir sebulan, akhirnya NM perlu membuat servis pertama bagi jentera baru NM ni.

Bagi pengguna kenderaan Toyota, anda perlu membuat servis pertama setelah mencapai 1,000km.

Kalau kurang atau lebih KM tu servis center bilang tidak mengapa. NM pun terlewat 50km.

Di Bangi, terdapat satu servis center di Kawasan Perindustrian Bangi. Nak lagi tepat boleh terus google map link ni https://maps.app.goo.gl/RF416uRGFwU4z3D37

Untuk melakukan servis, anda perlu buat temujanji terlebih dahulu. Sama ada call atau melalui apps.

Tetapi NM cuba guna apps, rosak ke apa NM pun tak pasti. Jadi NM call terus servis center untuk membuat appointment.

Setiba di sana, terus park di bahagian lobby. Guard di sana pun mesra rakyat. Rasa lah perasaan di sambut girang tu.

Masuk sana boleh serahkan buku servis yang disediakan oleh Toyota semasa pembelian kereta dahulu.

Tak lama lepas tu nanti ada Sales Advisor panggil. Di situ kena peka, apa yang nak diservis. Masing masing punya pilihan. Kalau ada yang tak efek pada warranty, anda boleh saja untuk tidak buat.

Harga 1000km pertama bagi Vios adalah RM136 sehingga RM150. Lebih dari tu kena tengok balik kot kot ada extra tambahan product yang dia masukkan sekali.

Dah puas hati, baru tandatangan persetujuan dan serahkan kunci.

Di tingkat atas ada tempat rehat bagi pelanggan. Di situ disediakan mesin kopi dan tea untuk lepak.

Plug point untuk buat kerja sementara menunggu pun agak sesuai. WiFi pun ada beri free untuk pelanggan.

Ada TV juga untuk hilangkan rasa bosan ketika menunggu. Yang lagi best siap ada monitor cctv yang boleh kita lihat secara live kereta kita yang sedang diservis.

Tv dan cctv

Untuk servis kali ni lebih kurang dalam 2jam. Allignment pun dibetulkan, bagus juga, sebab beberapa hari sebelum memang ada terlanggar lubang jalan raya. Rasa tak berapa center.

Itu saja, so far layanan di Magna Viable sangat bagus dan professional. Tak ada rasa tak selesa bila berurusan. Outz.

Leave a Reply