Wonda dengan Kopi Barista Terbaharu “LONG DRIVE”

May 1, 2021 By:

Hey hey. Bagi peminat kopi wonda di luar sana, ada satu lagi produk terbaharu yang di keluarkan oleh Wonda yang diberi nama Long Drive

Dari segi nama pun kita dah boleh agak, ia pastinya mempunyai objektif bagi menyegarkan mata yang mengantuk atau lesu.

Sebelum ini mereka ada booster2x, jadi apa bezanya?

Ini pendapat NM, produk Wonda di bawah jenama Barista mengekalkan feeling seperti dilayan oleh seorang bartender. Kopi yang dihasilkan berbau harum dan rasa yang halus seperti baru di bancuh.

Seperti produk sebelum ini, Wonda mengekalkan penggunaan kopi arabica. Bagi NM, ia keputusan yang baik. Bak kata pepatah, buat apa nak tukar pada jenis kopi lain kalau jenis kopi yang sedia ada ini pun rasanya sudah tiptop.

Berbalik pada rasa long drive, bagi NM ia lebih sesuai di consume oleh rakyat jelata berbanding Booster2x. Ada sesetengah orang tidak gemarkan rasa booster yang sedikit pelik disamping bau yang dihasilkan juga sedikit tersenggah.

Dengan kehadiran produk Long Drive ini NM kira ia dapat membantu sedikit sebanyak mereka yang inginkan bantuan stay up dengan kaedah meminum kopi.

Dari segi rasa, Long Drive memang win. Rasa sangat menyenangkan, boleh consume hari hari. Sedap, serius. Cuma isunya dari segi efektif. Disebabkan NM ni sejenis peminum kopi booster tegar, jadi ia kurang efektif berbanding Long Drive.

Pun begitu, NM rasa ia agak sesuai buat mereka yang bukan peminum tegar booster ditambah pula dengan rasanya yang lebih boleh diterima rakyat.

Bagi yang ingin mendapatkan Barista Wonda Long Drive, boleh didapati di 7eleven. Tempat lain macam biasa tak ada lagi. Sama macam Barista Daily Fix sebelum ni. Ada kolaborasi kot antara dua syarikat ni.

Tunggu apa lagi, jom berWonda!

Leave a Reply