Niat puasa 6 dan Kelebihan puasa 6 di bulan Syawal

May 15, 2021 By:

Selepas berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, kita akan meraikan satu hari kemenangan bagi umat islam menandakan kejayaan kita menjaga nafsu sepanjang bulan Ramadhan tersebut.

Pelbagai amalan disarankan di bulan Syawal, antaranya yang paling besar manfaatnya adalah berpuasa enam hari di bulan Syawal.

Ganjaran yang akan diberikan adalah sepertimana kebaikan berpuasa selama setahun. Ia berdasarkan sabda Nabi Muhammad iaitu :

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [HR Muslim: 1164]

Walaubagaimanapun, Ulama’ menghuraikan bahawa setahun itu adalah termasuk 30 hari berpuasa di bulan Ramdhan. 1 hari berpuasa di bulan ramdhan bersamaan dengan 10 hari, manakala tamabahan dari 6 hari puasa di bulan Syawal, ia menjadikan total 360 hari puasa. Ia bersamaan dengan 1 tahun. Menarik bukan?

1. Apakah hukum puasa enam hari di bulan Syawal?

Puasa enam merupakan amalan sunat. Telah berkata Imam An-Nawawi: Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam Syafie bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

2. Bilakah Puasa enam hari di bulan syawal perlu dilakukan?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidilfitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata: Nabi melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha. [HR Bukhari 1991]

3. Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut atau secara berasingan?

Tidak menjadi kesalahan jika ia dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa menentukan hari-harinya.

4. Bolehkan menggabungkan puasa ganti dengan puasa enam serentak?

Mengutip Lembaga Fatwa Mesir dari Kompas.com, ulama Mesir Dr. Ali Jumah Muhammad menuturkan bahwa ulama fiqih membolehkan untuk menggabungkan hutang puasa dengan puasa sunah lainnya. Namun, niat yang dilakukan adalah niat mengganti hutang puasa.

Bagi perempuan yang memiliki hutang puasa Ramadan lantaran uzur atau kerana suatu hal, dapat menggantinya bersamaan dengan puasa Syawal.

Niat Puasa Enam

Sumber : Mysumber.com

” Nawaitu Sauma Ghadin, ‘an Sittati, min yaumi Shawal, sunnatan lillahi ta’ala” – Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan syawal kerana Allah Ta’ala.

Leave a Reply