1 bulan bersama Crypto Currency di Malaysia

May 24, 2021 By:

Di Malaysia tidak terkecuali terdapatnya golongan yang menggunakan crytocurrency sebagai matawang baharu.

Apa dia crypto ni sebenarnya? NM pun bukan lah pakar sangat. Tetapi secara mudah ia adalah suatu medium perantaraan secara digital yang bukan dalam bentuk tunai atau wang kertas (fizikal). Pun begitu, nanti boleh refer video link di bawah untuk penjelasan SC Malaysia berkaitan sama ada Crypyo ini adalah matawang atau bukan.

Sebelum ini Elon Musk ada membenarkan pembelian Tesla boleh dilakukan menggunakan crypto. Selepas pada tu, terus nilai crypto melonjak naik. Tak lama selepas tu, dia umumkan bahawa mining bitcoin menyebabkan kerosakan alam sekitar.

Terus merudum nilaian crypto.

Betapa pengaruh nilaian semasa dikuasai oleh spekulasi whale.

Dari segi pensyariahan crytpo boleh tonton di sini oleh Dr Zaharuddin.

Untuk entri kali ni, NM akan menceritakan macam mana nak beli crypto ni.

Terdapat banyak platform di luar sana yang membolehkan anda membeli crypto ni.

Yang paling famous adalah Binance disebabkan caj fee dia yang rendah (kadangkala free).

Walaubagaimanapun, Binance tidak diperakui oleh BNM di Malaysia. Jadi Securities Commissioner tak mengiktraf aplikasi Binance ni.

Jadi buat masa ini, satu satunya yang diiktiraf di Malaysia adalah Luno.

Kekurangan yang terdapat di dalam Luno adalah banyak crypto di pasaran tidak berada di dalam Luno. Di Binance pula, hampir keseluruhan Crypto boleh didapati melalui Binance.

Secara sembang tepi, NM beli dan jual dah dapat lebihan RM400 dengan bermodalkan RM400 dalam masa sebulan(ingat, langit tak selalunya cerah).

Kalau nak join Luno boleh daftar sini, cuma jangan lah gunakan duit perbelanjaan anda, guna duit lebihan. Bagi NM boleh cuba. Cuma banyakkan sedut ilmu dan jangan tamak!

Leave a Reply