Subscribe Disney+ Hotstar dengan hanya RM 54.90 untuk 3 bulan

June 1, 2021 By:

Sambil melayan lagu Alasanmu dari Exist, terasa ingin berkongsi satu platform bagi mereka yang gemar menikmati movie dari Disney. Kalau sebelum ini Netflix menjadi pilihan ramai bagi pengguna yang mempunyai peranti yang membolehkan mereka menikmati hiburan seperti ini. Kali ini NM akan rasa nak suggest mereka yang berminat dengan movie-movie dari Disney untuk subscribe Disney+ Hotstar dengan hanya lebih kurang RM 19 sebulan.

Cara registernya sangat mudah, anda cuma perlu ke laman rasmi Disney+ Hotstar ini di www.hotstar.com/my Di bahagian atas kanan akan ada log masuk. Kemudian tekan register. Kalau dah ada akaun boleh terus login.

Apa yang diperlukan adalah no telefon yang register. Ini penting kerana setiap kali anda hendak login di mana-mana device, anda kena masukkan 4 Digit OTP.

Cuma tiada perkhidmatan Payment melalui Online Banking lagi ya. Yang ada hanya Credit Card Atau Debit Card yang mempunyai servis MasterCard atau VISA.

Oh lagi satu, sehingga hari ini, tiada limit device yang dihadkan. Kalau Netflix kan dia berdasarkan device user kan. Ini tiada, anda boleh login di mana-mana tanpa masalah.

Tolonglah jangan limitkan wahai Disney. Walau NM rasa perlu untuk dilimitkan. Ia bagi mengelakkan kerugian lah. Siapa tak mau untung kan.

Antara features yang NM rasa bagus adalah kelebihan untuk Download terlebih dahulu untuk menonton dikemudian hari jika tiada internet. Features ini hampir sama seperti Aplikasi PopCorn (FREE). Pun begitu, features ini hanya terdapat dalam bentuk Phone Device sahaja. Untuk PC atau Mac belum lagi ada.

Berikut adalah interface yang terdapat pada Disney+ Hostar :

Antara ribuan movie yang boleh ditonton di dalam Disney+ Hotstar
Bukti NM dah subscribe untuk tontonan anak-anak. Hehe

Jadi itu sahaja perkongsian ringkas NM buat kali ini. Enjoy yourself avengers! LewD

Leave a Reply