Google Chrome Tricks: Jadikan Website Link kepada QR Code

June 11, 2021 By:

Canggih betul team Google ni upgrade sistem sedia ada. Teknologi yang kini semakin lama semakin impressive. Terlalu laju perkembangan teknologi dan perubahan trending semasa. Barangsiapa yang terlewat, akan ketinggalan dan digelar golongan BOOOMERS~ NM baru terexplored satu lagi teknik cara untuk jadikan mana-mana website ke dalam bentuk QR CODE dengan menggunakan google chrome. NM tak pasti kalau browser lain punyai features yang sama.

Apa penting QR Code ni?

QR code ni semakin diterima meluas. Ia dah dikatakan tercipta sejak 1994. Hanya tetapi ia mula diterima rakyat semenjak tahun 20-an. Malah NM sendiri hanya mengenali QR code ini pada tahun 2016.

Nama panjang QR Code ini adalah Quick Respond Code. Dah nama pun “quick”, mestilah elemen yang diterapkan adalah untuk kepantasan. Kan?

Disamping sistem QR code ini sangat mudah. Ia selari dengan penggunaan smart phone yang mempunyai fungsi kamera membuatkan ia sejajar dengan keperluan QR Code. Keperluan untuk scan menggunakan camera secara digital membuatkan ia semakin diterima masyarakat.

Kaedahnya anda print QR tersebut dan boleh tampal dimana-mana seperti dinding, brosur ataupun share melalui social media. Nak tahu lebih lanjut tentang QR CODE ini boleh ke Link QR CODE.

Kalau di Malaysia, penggunaan QR code semakin meletup apabila zaman covid-19 yang memerlukan beberapa aplikasi yang berteraskan QR Code ini. Antaranya adalah Mysejahtera. Di mana-mana kini rakyat di Malaysia memerlukan apps tersebut untuk scan di mana-mana premis atau bangunan yang memerlukan authority bagi penggunaan Mysejahtera disebabkan SOP yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Jadi QR code ini sudah menjadi rutin harian bagi rakyat di Malaysia dan sebahagian dunia.

Sebenarnya Website pun boleh dijadikan QR Code melalui Google Chrome

Dengan menggunakan Google Chrome, anda boleh jadikan website atau laman sesawang anda sebagai QR Code.

Ia hanya memerlukan 3 Langkah Sahaja:

  1. Pergi ke mana-mana laman web yang anda hendak jadikan sebagai link QR Code. Contoh NM gunakan Youtube Channel NM (Tak ada subscriber pun, rajin-rajin subscribe la ya walau tak aktif).
  2. Tekan Right-Click, dan pilih “Create QR Code for this page”.

3. Kemudian download sahaja QR Code itu (Default format .PNG)

Tekan butang download

Jadi anda dah boleh ada QR Code sendiri untuk Website Link yang anda inginkan dengan hanya melalui google chrome sahaja. Kelebihan dia ia mudah, tidak perlu untuk anda taip link panjang-panjang. Simple! Selamat mencuba !

Leave a Reply