Ada orang beli barang anda di Shopee, apa anda perlu buat ?

June 13, 2021 By:

Berniaga online menjadi trend dan semakin diterima oleh masyarakat. Melalui aplikasi shopee, anda boleh jual produk anda dengan mudah. Walaubagaimanapun anda perlu daftar sebagai seller terlebih dahulu sebelum anda layak untuk menjual sebarang produk. Sesudah daftar, ada perlu register produk anda sebagai list jualan.

Seperti juga di pasar malam atau kedai runcit, anda pastinya memerlukan skill untuk menarik minat pembeli. Ia bukan sahaja terletak pada harga, persembahan dan susunan barang-barang di kedai juga menjadi salah satu faktor pembeli gemar untuk membeli di kedai anda. Begitu juga di Online Shop, anda perlu belajar teknik untuk menarik minat pembeli di alam maya.

NM bukanlah seorang trainer untuk latih anda bab itu, tapi anda boleh dapatkan kursus atau apa-apa course ilmu tentang menarik minat pembeli. Berlambak dah orang orang buat training ni, ada juga yang di bawah kelolaan kerajaan [PERCUMA], antaranya pada 23 June 2021 ni di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), telah mengajurkan satu seminar “e-seminar: peningkatan produktiviti melalui digitalisasi & virtual digital clinic”. NM rasa ini suatu peluang dan inisiatif yang bagus tatkala di zaman kita perlukan sumber pendapatan tambahan.

Boleh daftar di sini : https://attendee.gotowebinar.com/register/3683972398343504397

PROSES PENJUALAN DAN PENGHANTARAN [SHOPEE]

Apabila berlaku pembelian di shopee, anda akan menerima notifikasi di email yang berdaftar sebagai penjual shopee. Lepas tu boleh ke https://seller.shopee.com.my/, dan anda perlu ke bahagian Order>MyOrder seperti dalam bulatan di bawah.

Kemudian anda perlu approve terlebih dahulu pembelian itu. Sejurus anda approve, satu notifikasi akan dihantar kepada pihak pembeli yang anda sedang bersedia untuk packaging produk tersebut. Di dalam status proses juga akan bertukar.

Apa yang penting selepas itu adalah anda perlu print Waybills. Kalau tiada printer di rumah, anda perlu ke kedai cetakan untuk print Waybill tersebut. Untuk J&T, anda perlu membuat bungkusan sendiri, atau beli sahaja bungkusan J&T dari cawangan berhampiran.

Pastikan anda selitkan Salinan Waybill tersebut pada bungkusan. Bentuk waybill adalah seperti di ini.

Contoh Waybill, NM banyak potong-potong

Selepas itu, anda boleh drop di mana-mana sahaja cawangan J&T berdekatan. Tidak perlu sediakan apa-apa pembayaran kerana bayaran bagi proses shipping telah dipegang oleh pihak shopee.

Tunggu dan semak status penghantaran barang anda melalui aplikasi atau website shopee seller.

Itu sahaja, jika kurang jelas atau ada sebarang komen penambahbaikan, sila DM NM ya. TQ!

Leave a Reply