[SERAM] Gadis Misteri Berkebolehan Melihat Makhluk Alam lain

June 14, 2021 By:

NM antara peminat cerita-cerita seram walaupun tak adalah berani sangat orangnya. Sejak kecil NM terkenal dengan sikap penakut pada benda yang tak nampak ni. Tetapi usai dewasa, ketakutan itu berjaga dikurangkan, bukan bermaksud langsung tak takut, Mungkin dah dewasa ni banyak lagi benda yang lebih seram.. Antaranya baki akaun dalam bank NM. Ngeri!

Baiklah, berbalik pada tajuk asal NM, dalam dunia ni terdapat pelbagai misteri yang tak mampu terungkai. Ada perkara-perkara yang kadangkala tidak masuk dek akal, tetapi itulah yang berlaku sebenar-benarnya.

Yang Zahir itu tidak jelas, apatah lagi yang batin.

Suatu hari NM sedang scroll FYP tiktok NM, NM terstop di suatu channel Tiktok ini dikenali sebagai “DontCallmyNamelaa”. Pemilik akaun tersebut dikatakan mempunyai kelebihan(i dont know nak letak under kategori kelebihan atau dugaan secara jujurnya) yang ramai orang pasti selalu dengar, tapi nak percaya atau tak percaya sahaja.

Namun dari penceritaan beliau, tampak beliau sangat konfiden dengan kisah pengalamannya. Dari segi riak penceritaan, ada keikhlasan dan tidak berbaur seperti rekaan pada mata NM.

Ini lah tuan badan

Bermula dengan Tiktok, beliau akhirnya membuka akaun channel Youtube selepas diminta oleh beberapa komen. Iyalah, dalam Tiktok tak boleh panjang-panjang duration videonya. Cukup untuk satu dua cerita sahaja.

Kalau ada sesiapa yang mengenali Hazeman Huzir, salah seorang pengacara Host rancangan Motif Viral yang kedaboom dahulu, beliau juga mempunyai channel Youtube yang di follow oleh NM. Antara segmen channel beliau adalah “Angker Sister”. Ada seorang rakan/co-host yang bernama Hanan dilibatkan dalam segmen tersebut. Apa yang Hanan ni ada adalah seperti si DontCalMyNamelaa. NM rasa kalau mereka berkolabrasi untuk satu dua episod pun NM rasa agak menarik juga. Dua orang yang mempunyai kelebihan/dugaan sama ini bertemu dalam satu channel. Why Not.

Hazeman huzir bersama Hanan dalam siri Anger Sister di https://www.youtube.com/c/HazemanHuzir/

Dan terkini channel si DontCallMyNamelaa ini mempunyai lebih 2k pengikut dalam masa seminggu. Jadi kepada sesiapa yang nak ikuti perkembangan channel beliau boleh ke: https://www.youtube.com/channel/UCQ3lePILToad8VdE4imR [
Dontcallmynamelaa]

Jadi itu sahaja dari NM, enjoy yourself, jaga diri jaga kesihatan, jangan nampak bukan-bukan.

Video pertama beliau :

Leave a Reply