Lawatan ke Zoo Buaya Melaka secara maya. Suatu inisiatif yang bagus di waktu MCO

June 21, 2021 By:

Tak pernah terbayangkan, suatu hari kita akan berada di suatu dunia yang hampir semuanya di alam maya.

Ini termasuklah suatu inisiatif dari Taman Buaya dan Rekreasi di Melaka yang memberikan peluang kepada mereka yang ingin mengunjungi Taman Buaya tersebut secara maya.

Antara aktiviti dijanjikan adalah pemberian makan secara live, dan juga akan diberikan tour ke sekitar taman rekreasi tersebut.

Poster Taman Buaya dan Rekreasi Melaka secara maya

Aktiviti ini boleh dilakukan di rumah bersama ahli keluarga yang lain. Pastinya anak-anak anda akan teruja untuk bersama-sama meluangkan masa melewati Taman Buaya secara maya ini.

Seorang pengguna twitter dengan nama ID nya sepul_isley telah memberi komen tentang inisiatif tersebut. Dan beliau amat berpuas hati dengan servis yang disediakan.

Begitu juga dari pengguna facebook yang bernama “Biha Dariya” yang telah menyertai aktiviti tersebut.

Dalam kekangan PKP, masih ada sinar harapan untuk kita cari ikhtiar atau kaedah yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. NM amat tabik spring pada mereka yang punyai idea seperti ini. Luar biasa.

Apa-apa pun anda boleh dapatkan dengan whatsapp En Haziq seperti yang tertera dalam poster di atas.

atau anda boleh isi borang google form ini terus bagi tempahan : https://forms.gle/xJ6FLN5P4DnandwKA

FACEBOOK RASMI TAMAN BUAYA MELAKA : https://www.facebook.com/buayamelaka/

Leave a Reply