Usaha kita boleh buat untuk bantu mereka dalam kesusahan, Bendera Putih

June 29, 2021 By:

Keadaan yang teramat terdesak bagi rakyat Malaysia kini semakin membarah. Ada kala jiran tetangga tidak sedar bahawa dalam kawasan mereka terdapat ahli keluarga yang memerlukan.

Oleh itu, NM terpanggil untuk mengusahakan sedikit kudrat dan usaha bagi membuat satu inisiatif dalam memberikan info tentang ahli keluarga yang memerlukan perhatian.

Di FB umumnya terdapat keluarga telah dibantu. NM rasa terharu dan berbangga dengan rakyat Malaysia yang amat Prihatin. Yang benar-benar ingin membantu bersama bagi mengurangkan beban. Kita sama Manusia.

Inisiatif NM

NM menggunakan aplikasi google form bagi mereka yang ternampak, atau mereka adalah ahli keluarga terkesan, untuk hantar form tersebut ke dalam database NM. Kemudian, bagi mereka yang ingin dapatkan info keluarga yang terkesan, mereka boleh rujuk pada google sheet yang NM telah setting mengikut negeri supaya mudah mereka tahu detail dan alamat mereka.

Gambar juga WAJIB diperlukan bagi memudahkan mereka mengenalpasti kawasan rumah tersebut untuk rujukan akan datang.

Snap dan guna fon sahaja!

Jadi tanpa membuang masa, ini adalah link-link tersebut :

GOOGLE FORM UNTUK LAPOR BENDERA PUTIH : FORM INFORM BENDERA PUTIH

GOOLESHEET untuk Individu yang ingin membantu : GOOGLE SHEET INFO BENDERA PUTIH MENGIKUT NEGERI

Sebarang penambahbaikan boleh email kepada NM di nenasmadudotcom@gmail.com

Terima Kasih !

Leave a Reply