Pengalaman Vaksinasi sebagai pengiring OKU/WargaEmas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UKM

July 8, 2021 By:

Pertamanya NM berterima kasih kepada salah seorang pembaca Nenasmadu kerana berkongsi pengalaman sebagai pengiring ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di UKM. Yang ditemani adalah ibu beliau.

Berikut adalah flow dan susun alur pemberian suntikan vaksin di UKM.

Tempat PPV di UKM adalah Dewan Gemilang Location : googl.maps

1) Di dewan akan disediakan ruang untuk tempat turunkan penumpang bagi OKU atau Warga Emas.


2) Kemduain anda akan diminta untuk scan suhu dan Mysejahtera di pintu masuk dewan terlebih dahulu.

3) Selepas itu anda perlu isikan borang varifiskasi dan pengesahan terlebih dahulu. (NM sarankan bawa pen sendiri)

4) Seterusnya anda akan bertemu dengan Doktor bertugas bagi tujuan konsultasi. Antara soalan-soalan berkaitan adalah seperti ubat-ubatan yang sedang diambil, penyakit yang dihidapi dan beberapa soalan mengenai kesihatan. Kalau dia tanya soalan berkaitan jodoh, sila abaikan dan terus fokus ke hadapan.

5) Selesai konsultasi, anda perlu bawa penerima vaksin untuk masuk ke satu bilik/ruang khas utk Warga emas/OKU bagi tujuan suntikan dijalankan. Beliau akan dimaklumkan jenis vaksin dan info vaksin yang akan disuntik sebagai persetujuan.

6) Selepas suntikan, anda perlu ke kaunter 1 untuk mengambil sekeping kad yang menandakan anda telah selesai mendapat dos suntikan pertama.

7) Anda akan turut diminta untuk tunggu selama 15min (untuk yang sihat) & 30min (yang ade penyakit kronik) bagi memantau jika ada sebarang side effect (pening, sesak nafas dan lain-lain)

8) Selepas 15 atau 30min (bergantung) pegawai bertugas akan explain kesan vaksin. Antara kesan kebiasaan selepas suntikan seperti demam, cirit birit dan pening kepala yang teruk. Jika kesan tersebut berterusan lebih dari 3 hari, anda perlu ke hospital berhampiran pada kadar segera.

9) Setelah itu, baru lah anda boleh melakukan perkara paling penting sewaktu proses suntikan vaksinasi iaitu Bergambar.

Jadi itu sahaja entri kali ini, sekali lagi NM mengucapkan terima kasih atas perkongsian foto dan pengalaman dari pembaca bernama Noraishah Binti Nordin.

Sebarang makluman atau perkongsian boleh email pada NM di nenasmadudotcom@gmail.com. Kita Kongsi Bersama. TQ!

Leave a Reply