Pengalaman menggunakan Saliva Rapid Test by AllTest

July 25, 2021 By:

Hari ini mencatatkan lebih 19 Ribu kes di Malaysia. Sudah tidak menjadi satu perkara yang unik jika dalam circle kita dijangkiti oleh kes tersebut. Baru baru ini kita telah menerima berita bahawa terdapat kit yang tidak memerlukan calitan di hidung dalam mengesan kehadiran virus covid 19. Ia memerlukan saliva ataupun nama lain air liur (kahak kalau mengikut kaedah test) anda.

Jadi NM mendapatkan kit test tersebut di Heal Pharmacy yang terletak di Nilai Negeri Sembilan dengan menggunakan perkhidmatan lalamove. Penghantaran haritu juga terus k rumah.

Disebabkan pada hari itu NM merupakan contact C (contact kepada contact rapat), jadi NM cuba langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesihatan NM pada tahap terbaik. Disamping dapat mengelakkan penyebaran wabak virus ini berterusan, oleh itu ini adalah inisiatif NM untuk membuat ujian kendiri.

Pada hemat NM, ia lebih selesa berbanding dengan test RTK di klinik atau hospital yang memerlukan calitan pada rongga badan yang kadangkala menyakitkan. Tetapi perlu diingat, ujian sedemikian adalah lebih tepat berbanding ujian saliva ini. Ini kerana, peratusan pengesanan virus terletak pada kadar 90%. Kalau nak confident, buat PCR di klinik atau hospital berhampiran.

Walaubagaimanapun, pada sesi parlimen baru-baru ini, penggunaana kit saliva ini telah digunakan terhadap seluruh ahli parlimen dan staf di parlimen bagi ujian pengesanan Covid-19 ini. Jadi bagi NM, ia sememangnya boleh digunapakai sebagai medium ujian yang diiktiraf.

Tempoh untuk mendapatkan keputusan juga agak pantas. Ia mengambil masa sekitar 20 minit bagi keseluruhan ujian.

Inilah result yang NM dapat, jika ada dua line, ia bermakna ujian kit tersebut mengesan kehadiran virus covid-19. Manakala jika ia hanya seperti satu line seperti di bawah, ia merupakan keputusan negatif dan anda bebas dari Covid-19.

NM ada bertanya pada pihak farmasi sama ada ia sememangnya boleh dipercayai atau tidak. Jawapan yang diterima adalah, jika positif, ia adalah confirm positif, tetapi jika negatif, ia tidak semestinya negatif. Jadi walaupun negatif, NM tetap melakukan kuarantin kendiri selama 10 hari seperti saranan KKM.

Dalam masa yang sama, hanya beberapa Kit Ujian Saringan Saliva ini yang diiktiraf oleh KKM buat masa ini. Brand tersebut adalah seperti di bawah :

Harga untuk satu kit yang NM guna ini bernilai rm39.90. Sedikit tinggi harganya dan ada ura-ura yang harga akan diturunkan.

NM juga telah mendapatkan Oximeter Pulse jenis Andon pada harga RM139. Di pasaran ada harga yang rendah, tapi NM takut tak berapa tepat lagi-lagi ada kes di media sosial sukat pensil pun ada bacaan pulse. Jadi NM rasa labur sedikit ok, walaupun ada oximeter yang lebih mahal dari itu.

Oximeter di pasaran (Recommended) :
1. Andon Oximeter (ni yang brand NM pakai) : LAZADA atau boleh contact HEAL PHARMACY.
2. Rosmaxx SB100 + Infrared Ear Thermometer Model RA600 (FREE ROSSMAX Probe Cover & Hand Towel) : SHOP ROSMAXX

So itu sahaja, jaga diri, jaga jarak dan jaga SOP. Varian Covid juga telah berkembang lebih ganas. Yang penting kita usaha untuk elakkan dengan mengikuti SOP yang ditetapkan.

Leave a Reply