Unprofessional Mi 11 Lite simple review dari A1 Distributor (bukan version 5G)

August 29, 2021 By:

Sekali lagi NM terpaksa untuk menukar telefon apabila Samsung Galaxy A51, NM mengalami kerosakan. Tidak boleh charge sepertimana Galaxy Note 5 NM sebelum ni. NM happy guna Samsung, tetapi dua peristiwa yang berlaku pada masalah yang sama menyebabkan NM rasa sedikit kecewa. Harap Samsung boleh clarify mengapa jadi begitu. Sedih sungguh menyedihkan.

Walaubagaimanapun, NM selepas itu order Samsung A52 sebagai pengganti melalui Celcom. Tunggu punya tunggu, lebih 2 minggu tidak sampai sampai. Ada beberapa proses yang perlu diselesaikan. Fon yang NM guna untuk sementara waktu pula touch skrin nya dah tak elok berfungsi untuk menjalani tugasan harian. Tak buang masa, NM terus ke kedai A1 Distribution di Jalan Reko.

Dalam pilihan NM kali ni nak cuba fon brand dari China pula. Antara pilihan yang ada untuk range RM1,000 ke RM 1,500 adalah Redmi Note 10 Pro dan Mi 11 Lite. Selepas tanya hati, NM cenderung untuk memilih Mi 11 Lite.

Gambar Mi 11 Lite black dari gsmarena

Antara free gift yang NM dapat dari penjual ni adalah seperti Tumbler LED, Tshirt Xiaomi, Phone Holder, Wireless earphone dan Cable C type extra.

Review Palatao NM

Jadi untuk Mi 11 Lite ni, NM lebih suka pada design yang lebih slim dan kemas berbanding Mi 10 pro yang lebih besar dan juga bentuk design kameranya yang lebih menonjol.

NM tak mahu sentuh bab perbandingan spesifikasi yang ditawarkan sebab boleh terus search di google atau youtube sahaja. Banyak di luar sana dah beri review tentang Mi 11 Lite ni dengan lengkap dan jelas. Bahasa melayu ada, bahasa inggeris ada, bahasa malayalam pun ada.

Apa yang NM boleh ceritakan adalah pengalaman hidup bersama Mi 11 Lite ni selepas 2 minggu.

Seperti fon dari China yang lain, UI yang Xiaomi gunakan pada peranti Mi 11 Lite ini adalah MIUI 12. Konsep simple sepertimana IOS yang bagi NM agak mudah digunakan buat pengguna yang malas macam NM ni.

NM suka function silent button sebelah tepi iphone yang sangat berguna. Xiaomi ni ada, cuma perlu pada langkah tekan pada skrin.

Kamera yang dihasilkan juga agak decent, tak lah terlalu mantap dan tak mengecewakan. Sesuai dengan range harga peranti yang ditawarkan malah antara yang terbaik ada dipasaran.

Contoh hasil kamera :

Dari segi performance pula, ia penting bagi mengelakkan bagi user experience terhadap sesuatu brand. Untuk Mi 11 Lite ni, NM tidak pernah mengalami fon hang dalam tempoh 2 minggu. Jadi buat masa sekarang ia sangat responsive disebabka. Dilengkapi chipset dan RAM yang memuaskan. Cuma, dari segi WiFi connection, NM tak pasti samaada fon ni yang problem atau Line UNIFI di rumah ni yang problem. Seperti yang NM maklumkan, ini bukan review professional, hanyalah berdasarkan pengalaman semata-mata. Jadi tak lah NM kaji sebab dan musabab connection wifi mi 11 Lite ni yang problem sebab tidak berlaku pada perisian lain sebelum ni. Contohnh bila NM nak buka satu page website yang membuatkan server agak slow untuk di buka, tetapi apabila NM switch ke mobile connection, laju pula. Secara kasar dan pandangan awal, penyambungan wifi lah tu yang problem.

Yang paling gempak bagi NM pada fon ni ia ada turbo charge. Ingat kenderaan je ke ada turbo? Kelajuan charging dia memerlukan dalam lebih kurang 1 jam 7 minit macam tu untuk full 100%. Cucuk cas, lepas tu pergi buat kerja rumah macam masak ke basuh baju ke, dah setel full charged, itu ibaratnya.

Yang tak best pula, dia tak ada audio jack. Semuanya perlu bluetooth atau converter. Walaubagaimanapun, converter ni disediakan sekali dalam kotak. Kena pandai cari, dia pandai menyorok. Cuma sambil cas, tak boleh dengar spotify lah. Bagus untuk keselamatan juga. Elakkan guna fon sambil mengecas. Banyak viral kata kes kemalangan berlaku akibat dari perbuatan macam tu. Cegah sebelum terkena!

Itu sahaja review rojak dari NM berkaitan perisian fon Mi 11 Lite ni. Sebarang komen atau cadangan boleh email pada NM atau komen sahaja di bawah. NM peramah orangnya usah dirisau. Challo!

Tags:

Leave a Reply