Mohon kebenaran MITI di bawah kategori Kontraktor Berlesen G1-G4

September 5, 2021 By:

Walaupun PPN yang dilaksanakan menyekat banyak sektor ekonomi yang terlibat, tetapi beberapa sektor ekonomi telah di buka di antaranya kontraktor pembinaan berlesen CIDB G1 sehingga G4.

Ada syarat syarat dan langkah yang anda perlu patuhi sebelum mendapat kebenaran dari MITI tersebut.

Pertama sekali  yang paling penting bagi pemegang lesen di bawah kategori tersebut adalah anda perlu memiliki portal cims cidb. Jika belum register, anda perlu ke laman web https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml

Nombor dua, anda perlu ada kontrak lantikan antara klien dan kontraktor. Perlu berbentuk softcopy di mana anda perlu ketika nak register project di dalam sistem cidb.

Lepas dah register, dalam cidb pada langkah 1, anda perlu isytihar project sebagai project baharu di tab “pengisytiharan projek dan levi”.

Dalam tu lah segala butiran projek perlu di isi. NM cuma isi pada ruangan yang ada ada bintang merah sahaja. Setakat ini semuanya lulus alhamdulillah.

Proses kelulusan pengisytiharan projek di cidb ni biasa tak lama. Biasa ambil masa 2 hingga 3 hari waktu bekerja.

Lepas dah dapat kelulusan projek bawah CIDB, anda dah boleh apply di MITI. Tapi NM selalu buat secara concurrent. Yang penting dah ada no rujukan cidb yang diperluka  untuk isi dalam pendaftaran MITI. Tapi risikonya adalaha pihak MITI semak masa CIDB belum approved. Jadi NM sarankan untuk ikut turutan sahaja.

Langkah ke tiga adalah proses yang biasa ambil masa lebih lama. Biasanya pihak miti ambil masa sehingga seminggu untuk kelulusan ikut keadaan permohonan semasa. Lambakan permohonan mungkin menyebabkan kelewatan dalam proses approval.

Bagi langkah ke tiga, anda perlu ke laman web miti di laman MITI. Cuma untuk permohonan PPN kali ini, MITI menambahbaik dari segi keperluan untuk menyerahkan info pekerja yang divaksinasi dalam permohonan tersebut

Antara info yang diperlukan adalah, nama penuh, kad pengenalan, dan id mysejahtera. Sila dapatkan dari pekerja pekerja anda terlebih dahulu.

Kalau permohonan ditolak akan disertakan sebab ditolak. Jadi anda ada peluang untuk menepati syarat yang telah ditetapkan. Teruskan mencuba sebab kegagalan bukanlah ditafsirkan apabila permohonan ditolak, tetapi kegagalan sebenar adalah apabila anda telah mengaku kalah dalam suatu perkara.

Jadi itu sahaja, setakat ni NM telah berjaya mendapat kelulusan bagi kesemua projek di bawah kendalian syarikat NM bekerja. Alhamdulillah.

Apa apa pun walaupun dah dapat kebenaran, pastikan segala sop dipatuhi bagi mengekang pengularan wabak covid ini. Sama sama kita isytihar bagi mengelakkan dari terkena jangkitan virus jahat ni. Semoga Allah kasih.

Leave a Reply